lavinesh

SUKAN SEA: USAH LETAK TEKANAN TINGGI PADA ATLET – AHMAD FAIZAL

SUKAN SEA: USAH LETAK TEKANAN TINGGI PADA ATLET – AHMAD FAIZAL

April 27, 2022 6:18 am

KUALA LUMPUR, 27 April 2022 – Menjelang temasya Sukan SEA Hanoi 2021 yang bakal berlangsung pada 12 hingga 23 Mei di Hanoi, Vietnam, Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan telah menyeru agar rakyat Malaysia memberikan sokongan padu kepada atlet negara yang akan berjuang disana disamping tidak meletakkan tekanan yang tinggi di bahu mereka.

Hal ini kerana kontinjen Malaysia ke temasya Sukan SEA itu dibarisi oleh 40 peratus atlet muda yang bakal membuat penampilan pertama di peringkat antarabangsa. 

Beliau berkata, “Saya berharap mereka dapat mempersembahkan prestasi terbaik mereka, terutamanya mengatasi rekod peribadi masing-masing. Ini adalah platform bagi mereka untuk cabar diri di peringkat antarabangsa.”

“Momentum ini yang kita nak bawa ke Sukan Asia dan Komanwel selepas itu. Ini adalah atlet-atlet muda yang kita nak pertaruhkan di kejohanan yang lebih besar seperti Olimpik Paris 2024 dan sebagainya,” tambah beliau.

Untuk pengetahuan, Ahmad Faizal telah mengadakan lawatan dan tinjauan ke atas pasukan lawan pedang, karate, menembak, olahraga, silat, kurash dan judo yang sedang menjalani latihan mereka pada waktu malam sepanjang Ramadan ini.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #TeamKBS #KeluargaMalaysia #SukanSEAHanoi2021 #SukanSEA #Hanoi2021

Sumber : BERNAMA

Sumber Gambar : Majlis Sukan Negara