lavinesh

SUKAN SEA: MTA HANTAR 8 ATLET TRIATHLON & DUATHLON KE HANOI

SUKAN SEA: MTA HANTAR 8 ATLET TRIATHLON & DUATHLON KE HANOI

April 28, 2022 4:48 am

KUALA LUMPUR, 28 April 2022 – Persatuan Triathlon Malaysia (MTA) telah memperkenalkan atlet-atlet yang bakal mewakili Malaysia di temasya Sukan SEA Hanoi 2021 pada bulan depan bagi acara Triathlon dan Duathlon. 

Enam atlet daripada pasukan Malaysia iaitu Nigel Ng, Mayumi Shinozuka, Esther Joy Chen, Nik Fakaruddin, Tahira Najmunissa dan Pow Chia Ling akan membuat penampilan pertama mereka bagi Sukan SEA. Muhammad Haziq dan Edwin Thiang yang juga sebahagian pasukan Malaysia telah membuat penampilan mereka pada edisi lepas.

Acara Triathlon dijadual berlangsung pada 14 Mei, manakala acara Duathlon dijadual berlangsung pada 15 Mei nanti.

Bagi acara Triathlon, Edwin Thiang dan Nigel Ng akan mengambil bahagian dalam kategori lelaki dan bagi kategori wanita akan menyaksikan penyertaan Mayumi Shinozuka dan Esther Joy Chen. Untuk pengetahuan, acara tersebut merangkumi tiga sukan dimana para atlet akan mulakan acara itu dengan berenang sejauh 1.5km diikuti dengan berbasikal sejauh 40km dan mengakhiri acara itu dengan larian sejauh 10km.

Seterusnya, acara Duathlon yang merangkumi dua sukan iaitu larian dan berbasikal, atlet akan bermula acara tersebut dengan larian 10km diikuti dengan berbasikal 40km dan mengakhiri acara itu dengan larian sejauh 5km. Kategori lelaki diwakili oleh Nik Fakaruddin dan Muhammad Haziq, manakala bagi kategori wanita diwakili oleh Tahira Najmunissa dan Pow Chia Ling. 

Pasukan Triathlon dan Duathlon Malaysia ke Vietnam akan diiringi oleh Tony Tan, Pengurus Pasukan dan Rupert Chen, Jurulatih Pasukan serta lima Pegawai Teknikal MTA. Mereka akan berlepas ke Hanoi pada 11 Mei 2022 dan dijadual kembali ke Malaysia pada 16 Mei 2022.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #DemiMalaysia #malaysiatriathlon #MTA #SukanSEA #Hanoi2021 #Vietnam2021 #triathlon #duathlon

Sumber : Tough Asia

Sumber Gambar : Malaysia Triathlon Association