lavinesh

DEAFLYMPIC: KONTINJEN MALAYSIA SELAMAT TIBA DI BRAZIL

DEAFLYMPIC: KONTINJEN MALAYSIA SELAMAT TIBA DI BRAZIL

April 29, 2022 4:15 am

CAXIAS DO SUL, 29 April 2022 – Kontinjen Malaysia kini telah selamat tiba di Caxias do Sul, Brazil bagi menyertai temasya Sukan Deaflympic Edisi ke-24 yang akan berlangsung pada 1 hingga 15 Mei 2022 menurut pengesahan daripada Persatuan Sukan Pekak Malaysia (MSDeaf).

Pihak MSDeaf menjelaskan bahawa Kontinjen Malaysia telah disambut oleh wakil Kedutaan Malaysia (Trade Commissioner) iaitu En. Radihisham Ismail dan isterinya di Lapangan Terbang San Paula, Brazil sebelum mereka mengambil penerbangan domestik ke Lapangan Terbang Alegre Porte. 

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Alegre Porte, mereka disambut oleh wakil pihak penganjur Sukan Deaflympic dan dibawa ke IBIS Hotel Farroupilha, Brazil. Hotel tersebut merupakan penginapan rasmi kontinjen negara.

Untuk pengetahuan, pihak penganjur telah menyediakan Deaflympic Square (Centre Point) dimana ia merupakan pusat maklumat, pusat sajian makan tengahari dan malam serta hab pertukaran bas untuk kesemua venue pertandingan sepanjang Sukan Deaflympics 2021 Brazil. Deaflympic Square ini akan mula beroperasi pada 1 Mei 2022 nanti.

Menurut peraturan yang telah ditetapkan oleh International Committee Sports for the Deaf (ICSD), semua atlet-atlet pekak dunia wajib menjalani ujian pendengaran sebelum kad akreditasi dikeluarkan kepada atlet. 

Kesemua atlet pekak memerlukan had tahap kepekakan 55dB keatas untuk disahkan sebagai warga pekak bagi melayakkan diri bertanding di Sukan Deaflympic.

Atlet pekak negara juga telah memulakan latihan penyesuaian semalam di venue yang ditetapkan oleh urusetia penganjur.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #MSDeaf #KontinjenMALAYSIA #deaflympicsbrazil #deaflympics21 #deafsport #DemiMalaysia #teammsdeaf #deaf

Sumber : Malaysian Deaf Sports Association

Sumber Gambar : Asiana.my