KUALA LUMPUR, 29 APRIL 2022 – Kegagalan meraih sebarang pingat di temasya Filipina pada 2019 merupakan tonik terbaik buat pembidik berpengalaman negara, Johnathan Wong untuk menebusnya di Sukan SEA Hanoi, bermula 12 hingga 23 Mei ini.
Dengan persiapan yang lebih rapi pada kali ini, atlet berusia 29 tahun itu akui persediaan pasukannya bukan sahaja meningkat dari segi teknikal malah meliputi aspek sains sukan.
“Kali ini pasukan ISN (Institut Sukan Negara) ikut kita sekali ke latihan berfasa, jadi kita dapat membuat persiapan dari segi fizikal, psikologi dan pada masa sama biomekanik. Saya berharap akan dapat memberikan kelebihan untuk keseluruhan pasukan untuk capai matlamat.
“Sasaran utama adalah dari segi mata yang saya akan cuba capai, kerana format baharu ini mempunyai pusingan kelayakan dan separuh akhir ke final, jadi persiapan kita turut merangkumi persiapan untuk final,” jelas beliau yang bakal membuat penampilan keenam di temasya Sukan SEA nanti.
Johnathan yang pernah beraksi di Olimpik Rio 2016 akan beraksi dalam acara 10m air pistol individu, berpasukan lelaki dan campuran serta 50m pistol lelaki pada edisi kali ini.
Satu pingat emas dan empat gangsa merupakan sasaran skuad menembak negara di Hanoi nanti menurut jurulatih kebangsaan Mohd Firdaus Abd Rahim selepas meraih dua perak dan empat gangsa di Filipina pada 2019.
“Apa yang kita bawa pada tahun ini adalah perubahan yang ditambah baik, penambahbaikan kepada perkara-perkara baharu ke arah meningkatkan prestasi atlet.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.