lavinesh

SUKAN SEA: DUA HARI KE HANOI SEBELUM KEJOHANAN SOP PENGANJUR

SUKAN SEA: DUA HARI KE HANOI SEBELUM KEJOHANAN SOP PENGANJUR

May 6, 2022 3:43 am

BUKIT JALIL, 6 Mei 2022 – Dato’ Paduka Nur Azmi Ahmad, Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan SEA Hanoi menjelaskan bahawa hal mengenai skuad terjun negara hanya dibenaran ke Hanoi dua hari sebelum kejohanan bermula adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak sekretariat temasya Sukan Sea Hanoi itu. 

Untuk pengetahuan, hal tersebut ialah mengenai skuad terjun negara hanya mendapat menguji dan menyesuaikan diri ke venue sukan terjun di Hanoi itu dalam tempoh yang singkat.

Beliau menyatakan bahawa SOP ini bukan sesuatu perkara baharu yang ditetapkan kerana ia telah dinyatakan dalam mesyuarat Sukan SEA sebelum ini dan hal ini tidak boleh dipertikaikan. Penetapan SOP ini mungkin disebabkan oleh situasi COVID-19 di Hanoi jelas Nur Azmi.

“Saya tak nampak apa-apa kesan sebab mereka dari sukan terjun, bukan bola sepak dan bagi saya, mereka sudah cukup matang untuk membiasakan diri dengan kolam dan hanya suasana dan ada tekanan… Saya rasa (sukan) terjun tiada masalah,” kata Nur Azmi selepas majlis penutup Perhimpunan Akhir Kontinjen Malaysia yang telah diadakan secara maya di Majlis Sukan Negara semalam.

Pada masa yang sama, Nur Azmi menjelaskan bahawa beliau percaya bahawa atlet negara mampu mencapai lebih daripada 36 pingat emas yang telah disasarkan jika para atlet berjaya mengekalkan fokus mereka dalam saingan sukan masing-masing.

Untuk pengetahuan, acara terjun bagi temasya Sukan SEA Hanoi yang diadakan di Pusat Akuatik My Dinh akan bermula pada 8 hingga 11 Mei nanti.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #DemiMalaysia #KontinjenMalaysia #SeaGames2021 #Vietnam2021 #Hanoi2021 #Terjun #Venue #SOP #CDM

Sumber : BERNAMA

Sumber Gambar : Majlis Sukan Negara