lavinesh

NIVASHINI & PASUKAN KARATE HARUMKAN NAMA MALAYSIA DI LYON

NIVASHINI & PASUKAN KARATE HARUMKAN NAMA MALAYSIA DI LYON

May 11, 2022 9:02 am

KUALA LUMPUR, 11 Mei 2022 РSebuah pasukan swasta Karate Malaysia yang terdiri daripada sembilan atlet karate lelaki dan wanita telah berjaya mencapai kejayaan dalam kejohanan Terbuka Antarabangsa Karate Perancis pada hujung minggu lepas. 

Kejayaan yang telah dicapai oleh pasukan ini di Perancis adalah seperti berikut:

  • Nivashini Sivaraman, 17, pingat emas bagi kategori Kata Female Junior;
  • Thavanishwary Muniandy, 18, pingat perak bagi kategori Kata Female Junior & pingat gangsa bagi kategori Kumite Female Junior;
  • Praveen Elancheran Dharmalingam, pingat perak bagi kategori Kumite Junior Male dan Male 70kg dan ke atas;
  • Shachiidanantha Guberan Pathmanathan, Mugeshvaran V. Ganesh, Praveen Elancheran Dharmalingam, Prakash Muhammad Arjuna, pingat gangsa bagi kategori Rotational Team Kumite Male Open;
  • Paveedra Devi V Ganesh, Nivashini Sivaraman, Thavanishwary Muniandy, pingat perak bagi kategori Rotational Team Kumite Female Open.

Menurut laporan FMT, pasukan tersebut berjaya mencapai kejayaan itu walaupun menghadapi kekurangan dana untuk pembiayaan kos pasukan bagi menyertai kejohanan itu. Bagaimanapun, pasukan ini juga mendapat bantuan daripada beberapa organisasi dan individu.

Skuad ini diketuai oleh Minalochuni Pathmanathan, Presiden Persatuan Okinawan Shorin-Ryu Sei-bu-kan Karate Do Antarabangsa Malaysia (IOSSKAM). Beliau berkata, “Perkara yang menggembirakan ialah pingat emas yang dimenangi oleh Nivashini Sivaraman, 17, dalam kategori Kata bagi kumpulan umur 15-17. Saya percaya ini adalah pingat emas pertama dalam kejohanan karate dunia untuk Malaysia.”

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #FrenchKarateInternationalOpen #Karate

Sumber : Free Malaysia Today

Sumber Gambar : Free Malaysia Today