lavinesh

PIALA THOMAS: INDIA LAWAN MALAYSIA DI SUKU AKHIR

PIALA THOMAS: INDIA LAWAN MALAYSIA DI SUKU AKHIR

May 12, 2022 2:49 am

KUALA LUMPUR, 12 Mei 2022 – Setelah kemenangan skuad badminton lelaki negara ke atas Jepun 3-2 pada saingan Kumpulan D Piala Thomas awal pagi tadi, Malaysia mara ke peringkat suku akhir kejohanan itu sebagai Juara Kumpulan dan diundi bertemu India sejurus selepas itu.

Untuk pengetahuan, India merupakan Naib Juara Kumpulan C. Maka, jika Malaysia berjaya layak ke peringkat separuh akhir Piala Thomas nanti, mereka akan bertemu Korea Selatan atau Denmark. 

Dr. Tim Jones, Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menjelaskan bahawa skuad Malaysia tidak akan mengambil mudah cabaran dari India kerana ia mempunyai barisan pemain yang mantap pada edisi tahun ini. “Bagaimanapun, kami merasa yakin selepas berhadapan dengan Jepun dan kami sedia untuk bertemu dengan sesiapa pun ada waktu ini, ayuh, ke suku akhir,” tambah beliau.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BWF #BAM #TUC2022 #ThomasCup2022 #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia

Sumber : BERNAMA

Sumber Gambar : Badminton World Federation