DECATHLON MALAYSIA LANCAR PUSAT PENGALAMAN SUKAN DI PUSAT BANDAR KUALA LUMPUR
DECATHLON MALAYSIA LANCAR PUSAT PENGALAMAN SUKAN DI PUSAT BANDAR KUALA LUMPUR
May 13, 2022 4:33 am
KUALA LUMPUR, 13 Mei 2022 – Decathlon telah melancarkan cawangan baharu, Decathlon Kuala Lumpur City Centre yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur iaitu di Shoppes @ Four Seasons yang mana ia bersedia untuk menjadi kedai Decathlon pertama di dunia yang bakal memberikan pelanggannya lebih daripada sekadar pengalaman runcit. Decathlon KL City Centre akan dibuka secara rasmi pada 14 Mei 2022, Sabtu ini.
Ia menjanjikan pelanggan satu pengalaman sukan unik yang menggabungkan elemen gaya hidup seperti perkhidmatan fisioterapi, studio kecergasan dengan kelas senaman, restoran pemakanan sihat serta hotpod yoga yang pertama di Asia Tenggara.
Pusat sukan ini menawarkan lebih daripada 12,000 produk sukan berkualiti ekslusif bersama perkhidmatan ‘one-of-its-kind’. Semua ini dan banyak lagi tersedia di seluruh kedai seluas 4,000 kaki persegi yang merangkumi lebih daripada 60 jenis sukan yang berbeza. Dengan konsep kedai baharu ini, Decathlon berusaha untuk menjadikan ia sebuah pusat sukan yang seronok dan faedah bersukan mudah diakses oleh orang ramai secara mampan.
Arnaud Sauret, Ketua Pegawai Eksekutif Decathlon Malaysia berkata, “Decathlon KL City Centre akan menjadi model perniagaan baru; konsep ini merupakan ujian pertama bagi Decathlon Malaysia dan juga pertama di dunia dalam sejarah Decathlon. Sebagai Decathlon Malaysia, kami menyesuaikan model perniagaan kami kepada Malaysia dan rakyat Malaysia.”
“Kami melancarkan pengeluaran ‘Buatan Malaysia’, kami menjalankan perniagaan dengan rakyat Malaysia, kami melengkapkan tawaran eksklusif kami – ya, kami mereka bentuk dan mengkonseptualisasikan produk kami sendiri dengan pusat R&D (yang terdiri oleh) 300 pereka dan 850 jurutera – dengan rakan kongsi tempatan kami yang memproyeksikan di seluruh produk dan servis kami.”
“Kami mencapai misi kami, secara tempatan dan kami berbeza dalam pasaran ini. Kamu menyesuaikan diri dengan pasaran sukan tempatan dan kami berada di sini untuk menjadikan sukan itu diakses oleh lebih ramai pencinta sukan di Malaysia,” tambah beliau.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.