lavinesh

MALAYSIA DIPILIH JADI TUAN RUMAH SUKAN SEA BUAT KALI KE-7

MALAYSIA DIPILIH JADI TUAN RUMAH SUKAN SEA BUAT KALI KE-7

May 13, 2022 1:50 am

KUALA LUMPUR, 13 Mei 2022 – Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah mengesahkan bahawa Malaysia telah dipilih oleh Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) menjadi tuan rumah bagi temasya Sukan SEA Edisi 34 pada tahun 2027. 

Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria, Presiden MOM berkata, “Kami mengucapkan terima kasih kepada SEAGF atas kepercayaan mereka kepada MOM untuk menganjurkan temasya Sukan SEA.”

“MOM akan membuat janji temu untuk memaklumkan secara rasmi mengenai perkara ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu apabila kembali ke Malaysia,” jelas beliau.

Untuk pengetahuan, Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA buat kali ke-7 pada tahun 2027 nanti. Malaysia sebelum ini pernah menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017. Peluang ini untuk Malaysia menjadi nyata apabila Brunei menarikan diri pada tahun lepas.

Lebih lagi, Edisi ke-32 (2023) akan dianjurkan oleh Kemboja, manakala Edisi ke-33 (2025) akan berlangsung di Thailand.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #MOM #OCM #SEAGF #SukanSEA2027 #SEAGames2027 #KualaLumpur2027 #TuanRumah

Sumber : BERNAMA

Sumber Gambar : Majlis Olimpik Malaysia