KIM PAN GON PANGGIL 40 PEMAIN KE KEM LATIHAN HARIMAU MALAYA
KIM PAN GON PANGGIL 40 PEMAIN KE KEM LATIHAN HARIMAU MALAYA
May 17, 2022 7:06 am
KUALA LUMPUR, 13 Mei 2022 – Menjelang dua Perlawanan Antarabangsa Tier 1 dan tiga perlawanan Kumpulan E bagi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kim Pan Gon, Ketua Jurulatih Kebangsaan telah memanggil seramai 40 pemain untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya yang bermula 19 Mei 2022, Khamis ini.
Untuk pengetahuan, Harimau Malaya akan bertemu Brunei pada 27 Mei 2022 dan Hong Kong pada 1 Jun 2022 bagi Perlawanan Antarabangsa Tier 1. Selepas saingan tersebut, skuad kebangsaan akan bertemu Turkmenistan pada 8 Jun 2022, Bahrain pada 11 Jun 2022 dan Bangladesh pada 14 Jun bagi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023.
Senarai 29 pemain ke kem latihan:
Mohd Farizal Marlias
Muhammad Syahmi Safari
Shahrul Mohd Saad
Corbin-Ong La’vere Lwarence
Mohamed Syamer Kutty Abba
Muhammad Nazmi Faiz Mansor
Safiq Rahim
Arif Aiman Mohd Hanapi
Muhammad Safawi Rasid
Muhammad Akhyar Abdul Rashid
Mohamadou Sumareh
Matthew Davies
Mohd Afiq Fazail
Guilherme De Paula Lucrecio
Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi
Kogileswaran Raj A/L Mohana Raj
Darren Yee Deng Lok
Khair Muhammad Jefri Jones
Ahmad Khuzaimi Piee
Ahmad Syihan Hazmi Mohamed
Mohamad Faisal Abdul Halim
Mohd Khairulazhan Mohd Khalid
Muhammad Syafiq Ahmad
Dominic Tan Jun Jin
Muhamad Nor Azam Abdul Azih
Dion-Johan Cools
Liridon Krasniqi
Junior Eldstal
Norshahrul Idlan Talaha
Senarai Bersedia:
Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak
Muhammad Ramadhan Saifullah Usman
Natxo Insa
Sharul Nazeem Zulpakar
Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi
Zhafri Yahya
Selvan A/L Anbualagan
Khatul Anuar Md Jalil
Mohd Rizal Mohd Ghazali
Nur Shamie Iszuan Amin
Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar
Untuk peringatan, daripada senarai 40 pemain dalam jadual di atas, hanya seramai 23 pemain akan didaftarkan dalam senarai pendaftaran akhir bagi menghadapi Pusingan Akhir Kelayakan Piala Asia 2023 manakala baki 17 pemain lain tetap perlu bersedia untuk dipanggil sekiranya terdapat perubahan pada senarai akhir tersebut.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.