lavinesh

PIALA CABARAN MILO: JSA UNITED JUARA KATEGORI B-17

PIALA CABARAN MILO: JSA UNITED JUARA KATEGORI B-17

May 18, 2022 4:47 am

SETIA ALAM, 18 Mei 2022 – Edisi sulung kejohanan bola sepak Piala Cabaran MILO 2022 telah menyaksikan pasukan JSA United dinobatkan sebagai juara setelah berjaya menewaskan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kategori Bawah 17 tahun (U17) Cup pada Ahad lalu di Arena JSA, Setia Alam.

Kedua-dua pasukan itu terikat tanpa jaringan dalam masa perlawanan sebenar dengan menyaksikan mereka saling bertukar serangan meskipun beraksi di dalam cuaca hujan lebat. Perlawanan tersebut berkesudahan menerusi sepakan penalti yang menyaksikan JSA United muncul juara dengan keputusan 6-5.

Lafizulnizam Abd Latip, Ketua Jurulatih JSA United berkata, “Mereka sangat konsisten di dalam padang. Para pemain juga melaksanakan tugas seperti yang dirancang dan begitu berdisiplin di dalam merencana taktikal meskipun beraksi ketika hujan lebat.”

Sementara itu, dalam kategori Bawah 14 tahun (U14) Cup menyaksikan pasukan JDT menewaskan pasukan TSS Selangor Yellow dengan kemenangan tipis 1-0 hasil jaringan pemain lincah Izham Aiman untuk pulang selaku juara.

Untuk pengetahuan, sebanyak 12 pasukan terbaik setiap kategori yang telah berjaya mara ke peringkat kalah mati Piala Cabaran MILO yang berlangsung pada 14 & 15 Mei lalu akan berentap pula dalam Liga Juara-Juara MILO yang bakal berlangsung pada bulan Julai dan Septemberi nanti.

Keputusan Penuh:

U17 CUP – JDT 0-0 JSA United (JSA United menang 6-5 sepakan penalti)

U14 CUP – JDT 1-0 TSS Selangor Yellow

U12 CUP – TSS Selangor Yellow 2-0 Stylo Mylo

U10 CUP РJSA United 1-0 Perdana United 

U8 Cup – ATPP Panther 2-0 Young Tiger

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #PialaCabaranMILO #JSAUnited #JDT #U17CUP #TSSSelangorYellow #U14CUP #U12CUP #U10CUP #U8CUP #bolasepak

Sumber : Nestle Malaysia

Sumber Gambar : Nestle Malaysia