LGC ANJUR KEJOHANAN GOLF AMATUR TERBUKA LABUAN BULAN DEPAN
LGC ANJUR KEJOHANAN GOLF AMATUR TERBUKA LABUAN BULAN DEPAN
May 19, 2022 7:31 am
LABUAN, 19 Mei 2022 – Peminat sukan golf amatur teruja dengan pengumuman Kelab Golf Labuan (LGC) mengenai penganjuran Kejohanan Golf Amatur Terbuka Labuan Edisi ke-29 bagi kategori lelaki dan Edisi ke-22 bagi kategori wanita pada 17 hingga 19 Jun ini.
Datuk Gapilin Nasaruddin, Presiden LGC berkata, “Kali ini kami menyasarkan penyertaan pemain dari Sabah dan Sarawak, selain Semenanjung serta Brunei. Setakat 15 Mei lepas 106 pemain termasuk 18 pemain wanita yang mewakili beberapa kelab telah mengesahkan penyertaan mereka.”
“Kita yakin jumlah itu akan terus meningkat kerana tarikh tutup penyertaan masih dibuka hingga 16 Jun iaitu sehari sebelum kejohanan bermula,” tambah beliau.
Untuk pengetahuan, antara pemain yang bakal memberikan saingan hebat pada tahun ini adalah Christopher Daniel James dari Kelab Golf Kudat (KGC), juara Golf Amatur Terbuka Labuan 2012, Kevin G. Pius serta juara Terbuka Sandakan dan juara Kejohanan Terbuka Borneo, Mohd Zariq Encho.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.