lavinesh

SUKMA 2022: WIPERS INTAI GELARAN JUARA KESELURUHAN

SUKMA 2022: WIPERS INTAI GELARAN JUARA KESELURUHAN

May 20, 2022 7:34 am

KUALA LUMPUR, 20 Mei 2022 – Menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX Majlis Sukan Negara (MSN) 2022 yang bakal berlangsung di Lembah Klang pada bulan September nanti, Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengurus SUKMA XX MSN 2022 telah diadakan oleh Kontinjen Wilayah Persekutuan (WiPers) semalam.

Ketika majlis tersebut, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan telah menyampaikan watikah pelantikan kepada 41 Pengurus Pasukan WiPers yang akan menggalas tugas di SUKMA nanti. Manakala, Datuk Seri Rosida Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan telah dilantik sebagai Ketua Kontinjen WiPers SUKMA. 

Shahidan menjelaskan bahawa WiPers akan mempertaruhkan 587 atlet untuk bertanding dalam 31 jenis sukan yang bakal dipertandingkan nanti pada SUKMA edisi kali ini.

Beliau berkata, “Kita letakkan matlamat kita nak jadi johan, berapa pingat tu berdasarkan kepada kategori dan kita memang dah ada matlamat bagi tiap-tiap disiplin… Saya juga sudah minta ditambah program latihan supaya bila kita pergi sana (SUKMA) kita nak jadi juara.”

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #SUKMA #SUKMAXX #SUKMA2022 #MSN #MSWP #WiPers

Sumber : BERNAMA

Sumber Gambar : Shahidan Kassim FB