SEPANG, 23 Mei 2022 – Siri Kejuaraan Malaysia (MCS) telah membuka tirainya dengan menyaksikan Pusingan 1 telah berlangsung pada hujung minggu lalu di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Kejohanan tersebut telah mempertandingkan empat kategori iaitu Touring Production (T), Malaysian Touring Car (MTC), Stock Production 1 (SP1) dan Stock Production 2 (SP2).
PERLUMBAAN 1
Perlumbaan 1 yang berlangsung pada 21 Mei telah menyaksikan Jonathan Xie dari pasukan Privateer dinobatkan juara bagi kategori T. Beliau berkata, “Sebagai warga Singapura, ia bukan mudah untuk saya datang ke sini setiap dua minggu sekali hanya untuk latihan. Saya telah banyak berkorban untuk mempersiapkan diri menghadapi pusingan ini.”
Bagi kategori MTC, tempat pertama dimenangi oleh Mark Darwin dan Nick Mah dari pasukan Tedco Racing dan diikuti oleh Mitchell Cheah dan Brendan Anthony dari pasukan Hirev Dream Chaser di tempat kedua. Manakala, Hayden Haikal dan Naquib Azlan dari Wing Hin Motorsport menduduki tempat ketiga.
Penampilan sulung Putera Adam dari pasukan R Engineering HMRT dalam kategori SP1 pada musim ini telah menyaksikan beliau meraih tempat pertama. Tempat kedua jatuh kepada rakan sepasukannya, Farriz Fauzy dan tempat ketiga dikongsi oleh Javcob Lim dan Keifli Othman dari pasukan Privateer.
Aiyub Azlee menamatkan Perlumbaan 1 dalam kategori SP2 di kedudukan teratas. Shazull Hisham dan Mohd Shahrizal pula berada di tempat kedua dan diikuti oleh Pee Sau Fan dan Ian Wong Jie Sern di tempat ketiga.
PERLUMBAAN 2
Tauhid Anwar dari R Engineering HMRT muncul juara pada hari kedua Pusingan 1 dalam kategori Touring Production. Pesaing beliau, Mohd Yuszaidi Supangat telah menerima 30 saat penalti lalu jatuh ke tempat kedua, manakala Faidzil Alang dan Lee Kum Soon menamatkan perlumbaan tersebut di tempat ketiga.
Anwar berkata, “Ia adalah perlumbaan yang hebat. Saya masih ketinggalan kerana saya hanya melakukan 9 pusingan latihan dengan kereta sebelum perlumbaan itu. Kereta saya mengalami masalah kotak gear dan ia agak mencabar. Saya perlu mempersiapkan diri dengan lebih baik untuk pusingan yang akan datang.”
Mitchell Cheah dan Brendan Anthony telah menampilkan prestasi yang lebih baik pada Perlumbaan 2 dalam kategori MTC. Pasukan Wing Hin Motorsport yang terdiri oleh Hayden Haikal dan Naquib Azlan berjaya menyambar tempat kedua, manakala Foo Yung Chieh dan Aaron Lim menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
Tiada perubahan besar bagi kategori SP1 berbanding Perlumbaan 1 dengan Putera Adam berjaya mengekalkan tempatnya sebagai juara dan juga rakan sepasukannya, Farris Fauzy di tempat kedua. Tetapi pemenang tempat ketiga pada Perlumbaan 2 adalah Al-Farouk dan Baron Sim.
Untuk pengetahuan, Pusingan 2 MCS dijadual berlangsung pada 18-19 Jun 2022 di Litar Antarabangsa Sepang.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.