haziq

LIEK HOU TIADA TANDINGAN

LIEK HOU TIADA TANDINGAN

May 24, 2022 2:56 am

KUALA LUMPUR, 24 MEI 2022 – Tatkala rata-rata tumpuan terarah ke temasya Sukan SEA Vietnam yang baru sahaja melabuhkan tirainya semalam, pemain badminton para negara Cheah Liek Hou terus mencipta kejayaan dengan meraih kejuaraan kesembilan berturut-turut selepas menjuarai kejohanan badminton para Antarabangs Bahrain 2022, Sabtu lalu.

Leik Hou yang kini berusia 34 tahun tidak berdepan masalah menumpaskan Bartlomiej Mroz dari Poland 21-7, 21-12 dalam tempoh 24 minit di final yang berlangsung di  ISA Sport City, Manama.

Kejuaraan itu merupakan gelaran kedua buat pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo tersebut selepas menjuarai kejohanan Antarabangsa Brazil 2022, bulan lepas.

Lebih manis, pemain kelahiran Kuala Lumpur ini turut mencipta kejutan menjuarai acara beregu bersama Fariz Anuar dengan menewaskan pasangan pilihan utama dari India Chirag Baretha-Raj Kumar dalam aksi 3 set 14-21, 21-19, 21-17.

Liek Hou turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada Majlis Sukan Negara dalam entrinya di Instagram kerana menghantar beliau ke kejohanan di Bahrain serta mahu meneruskan kejayaan tersebut dalam kejohanan seterusnya di Dubai.

Sementara itu, pemain badminton kerusi roda negara Muhammad Ikhwan Ramli terpaksa akur tewas di tangan pemain Korea Selatan Choi Jung Man 21-18, 21-15.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #ParaBadminton #DemiMalaysia #MSN

Sumber : Bernama

Sumber Gambar : Cheah Liek Hou