lavinesh

NSL 2022 BAKAL SAJI AKSI LEBIH HEBAT

NSL 2022 BAKAL SAJI AKSI LEBIH HEBAT

May 26, 2022 3:19 am

KUALA LUMPUR, 26 Mei 2022 – Kejohanan Netball Super League (NSL) 2022 bakal berlangsung di Stadium Juara, Kuala Lumpur pada 3 hingga 26 Jun yang menjanjikan peminat bola jaring tanah air untuk menyaksikan saingan yang lebih mencabar dan hebat.

Pada edisi tahun ini, NSL akan menjadi sebuah platform untuk memilih pemain bagi menyertai pasukan kebangsaan serta sebagai persediaan bagi menghadapi Kejohanan Bola Jaring Asia yang dijadual berlangsung pada bulan September nanti. 

Alwiyah Talib, Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) berkata, “Selain pembabitan pemain kebangsaan, kehadiran pemain muda yang berbakat dan lebih bertenaga pasti memberi impak kepada setiap pasukan nanti.”

“Bukan itu sahaja, terdapat pasukan yang akan menggunakan khidmat pemain import dan ini pasti menghangatkan lagi perlawanan nanti,” tambah beliau.

Untuk pengetahuan, NSL 2022 ini akan menggunakan format baharu iaitu secara liga sepusingan berbanding dengan format tahun lepas iaitu secara berkumpulan. Peminat bola keranjang Malaysia akan dapat menyaksikan pasukan kegemaran mereka beraksi termasuk KL Wildcats, Johor Jewels, Selangor Angels, Perak Phoenix, Kedah Sunshine, Negeri Sembilan Venoms, Pahang Tulips dan Melaka Mystic.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #PBJM #NSL #NSL2022 #bolajaring #wanita

Sumber : BERNAMA & Harian Metro

Sumber Gambar : Netball Super League