MSAF BEKERJASAMA DENGAN VWHN BAGI PEMBANGUNAN SUKAN UDARA MALAYSIA
MSAF BEKERJASAMA DENGAN VWHN BAGI PEMBANGUNAN SUKAN UDARA MALAYSIA
May 30, 2022 3:11 am
KUALA LUMPUR, 30 Mei 2022 – Usaha dalam pembangunan sukan udara di Malaysia, Persekutuan Sukan Udara Malaysia (MSAF) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) bersama kelab sukan udara di Vietnam iaitu Vietwings Hanoi (VWHN), Pham Quang pada 28 Mei 2022.
Nurhaqimy Ismail, Presiden MSAF berkata, “MoU itu mengandungi persefahaman dalam usaha meningkatkan perkongsian maklumat dalam pembangunan sukan udara di antara Malaysia dan Vietnam.”
Beliau juga menjelaskan bahawa melalui MoU tersebut itu meliputi kerjasama dari segi latihan teknikal keselamatan, pelesenan serta penganjuran acara sukan udara terutama sukan drone, paragliding dan paramotor.
Untuk pengetahuan, ini adalah kali pertama MSAF menjalin kerjasama dengan sebuah kelab sukan udara luar negara.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.