KINRARA OVAL BAKAL ANJUR 3 KEJOHANAN KRIKET BUAT KALI TERAKHIR
KINRARA OVAL BAKAL ANJUR 3 KEJOHANAN KRIKET BUAT KALI TERAKHIR
June 1, 2022 7:07 am
BANDAR KINRARA 5, 1 Jun 2022 – Persatuan Kriket Malaysia (MCA) telah mengumumkan bahawa Kinrara Oval akan menjadi tuan rumah buat kali terakhir dengan mengadakan dua kejohanan antarabangsa serta satu kejohanan kebangsaan bagi semua Ahli Gabungan dan Ahli Bersekutu Negeri sebagai penamat.
Dua kejohanan antarabangsa yang berlangsung adalah Kelayakan Wanita ICC B19 2022 pada 1 hingga 10 Jun 2022 dan Kejohanan Piala Asia T20 Wanita ACC pada 15 hingga 25 Jun 2022. Manakala, kejohanan kebangsaan adalah Kejohanan T10 Curtain Call Masters yang dijadual berlangsung pada 10 hingga 12 Jun 2022.
MCA melalui satu kenyataan yang dikeluarkannya menyatakan bahawa pihak MCA telah mencapai satu penyelesaian dengan Perumahan Kinrara Berhad dan memenuhi kewajibannya untuk membayar.
Untuk pengetahuan, Kinrara Oval telah menjadi tuan rumah kepada pelbagai kejohanan berstatus antarabangsa dan kebangsaan – hebat dan ikonik, ia menjadi rumah kepada sukan kriket di Malaysia selama lapan belas tahun.
Mohammed Iqbal Ali Kassim Ali, Presiden MCA berkata, “Memandangkan kepada sejarah dan legasi yang ada dengan kriket di Kinrara Oval, ia menjadi sentimen dan sebab yang kuat, di mana keluarga kriket telah berharap ia dikekalkan. Bagaimanapun, Kami mengundurkan diri secara baik, dengan penuh kesyukuran, membawa bersama kami kenangan-kenangan cricket yang terbaik.”
“Terima kasih juga, kepada setiap orang yang telah berdiri di sisi kami, percaya kepada kami dan terus percaya kepada niat kami. Kami berikrar untuk meneruskan kriket di Malaysia dan merealisasikan visi kami iaitu untuk menjadi sukan utama di Malaysia,” tambah beliau.
Pihak MCA akan menggunakan padang YSD-UKM di University Kebangsaan Malaysia, Selangor Turf Club dan juga Kolej Tuanku Ja’afar (KTJ) untuk menganjurkan kejohanan dan menjalankan latihan.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.