SRAM: KEJOHANAN SKUASY KEBANGSAAN KEMBALI BULAN DEPAN
SRAM: KEJOHANAN SKUASY KEBANGSAAN KEMBALI BULAN DEPAN
June 9, 2022 3:51 am
KUALA LUMPUR, 9 Jun 2022 – Peminat sukan skuasy tanah air teruja dengan pengumuman Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) mengenai penganjuran Kejohanan Skuasy Kebangsaan Edisi ke-37 pada bulan depan. Kejohanan tersebut dijadual berlangsung pada 8 hingga 12 Julai di Pusat Skuasy Negara, Bukit Jalil.
Menurut kenyataan dari SRAM di laman Facebook rasminya, pihak SRAM telah mencipta rekod baharu apabila berjaya mendapatkan penyertaan seramai 302 pemain skuasy dalam edisi tahun ini.
Gerard Monteiro, Presiden SRAM telah mengumumkan bahawa kategori riben biru sebagai divisyen premier untuk lelaki dan wanita serta lapan kategori – divisyen 1 hingga 3 (lelaki dan wanita), divisyen 4 dan 5 (lelaki), divisyen lelaki atas-35 tahun, divisyen lelaki atas-40 tahun dan divisyen lelaki atas-50 tahun. Manakala, dalam kategori Squash57 akan dipertandingkan divisyen terbuka lelaki, lelaki dan wanita atas-40 tahun, lelaki atas-50 tahun dan lelaki atas-60 tahun.
Beliau berkata, “Terdapat rasa keterujaan kerana ia merupakan acara pertama untuk pemain senior diadakan selepas beberapa lama dan ramai bekas juara dan pemain senior akan beraksi dalam pelbagai divisyen. Mereka akan diuji secara serius oleh pemain junior.”
Untuk pengetahuan, Kejohanan Skuasy Kebangsaan tahun ini akan menyaksikan Ng Eain Yow, pemain skuasy utama negara dan Ivan Yuen, 4 kali Juara Kebangsaan (2017-2020) memburu gelaran dalam Divisyen Premier Lelaki. Manakala, dalam Divisyen Premier Wanita akan menampilkan Sivasangari Subramaniam, Aifa Azman dan Rachel Arnold.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.