lavinesh

SIC: DRIVING EXPERIENCE CENTRE (DEC) BAKAL LAHIRKAN PEMANDU CEKAP

SIC: DRIVING EXPERIENCE CENTRE (DEC) BAKAL LAHIRKAN PEMANDU CEKAP

June 14, 2022 7:10 am

SEPANG, 14 Jun 2022 – Pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah mengadakan Majlis Pecah Tanah Driving Experience Centre (DEC) pada pagi tadi di Litar Kart Antarabangsa Sepang (SIKC). Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Belia & Sukan.

Projek DEC merupakan salah satu komponen kepada Pelan Strategik Perniagaan unjuran 5 tahun SIC yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah SIC pada tahun 2014. Geran projek DEC ini telah diperuntukkan oleh pihak kerajaan Malaysia melalui bajet Rancangan Malaysia ke-12. Akhirnya, kerja pembinaan projek ini dapat dimulakan pada bulan ini.

Fasiliti ini akan dibangunkan di atas tanah berkeluasan 28 hektar dan dijadikan sebagai langkah seterusnya untuk pembelajaran berterusan pemandu-pemandu di Malaysia agar lebih mahir mengendalikan kenderaan dengan penyediaan fasiliti dan rintangan seperti Handling Circuit 1.5km ,Skid Circle, Hydraulic Skid Plate dan Dynamic Staging Area yang pastinya dapat menguji kecekapan pemandu dan kebolehan kenderaan mereka.

Azhan Shafriman Hanif, Ketua Pegawai Eksekutif berkata, “Saya amat teruja untuk memaklumkan bahawa projek DEC ini adalah merupakan kemudahan fasiliti pengalaman pemanduan yang pertama di Asia Tenggara. Litar utama kami fokus kepada acara perlumbaan manakala litar DEC lebih tertumpu kepada sudut kemahiran dan keselamatan pemanduan.”

“Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang terlibat seperti Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Majlis Perbandaran Sepang (MP Sepang), Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dan semua pihak berkuasa dan agensi kerajaan yang telah menyumbang ke arah pelaksanaan projek pembinaan,” tambah beliau.¬†

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Mokhzani Mahathir, Presiden Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) dan Tan Sri Azman Yahya, Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #SIC #DEC #DrivingExperienceCentre #SIKC #TeamKBS #MAM #Sepang

Sumber : mySukan TV

Sumber Gambar : mySukan TV