MADEIRA, PORTUGAL, 15 Jun 2022 – Kejohanan Renang Para Dunia 2022 yang sedang berlangsung di Madeira, Portugal telah menyaksikan Muhammad Nur Syaiful Zulkafli, perenang para kebangsaan berjaya meraih pingat gangsa dengan catatan masa 22.81 saat dalam acara gaya bebas 50m lelaki S5 (kecacatan fizikal).
Pingat emas bagi acara tersebut telah dirangkul oleh Francesco Bocciardo dari Itali dengan catatan masa 33.11 saat dan pingat perak jatuh ke tangan Samuel Da Silva de Oliveira dari Brazil dengan catatan masa 33.28 saat.
Untuk pengetahuan, beliau yang berusia 27 tahun akan mengambil bahagian dalam acara gaya bebas 100m lelaki S5 yang dijadual berlangsung pada 18 Jun 2022 (Sabtu) ini.
Sementara itu, Zy Kher Lee, seorang lagi perenang para negara yang menyertai kejohanan ini menduduki tempat ketujuh dalam acara kuak dada lelaki 100m lelaki SB4 (kecatatan fizikal). Pingat emas diraih oleh Antonios Tsapatakis dari Greece dengan catatan masa 1:36.27 minit dan diikuti oleh Moises Fuentes Garcia dari Colombia dengan catatan masa 1:36.84 minit. Manakala, Miguel Angel Rincon Narvaez dari Colombia mendapat pingat gangsa dengan catatan masa 1:47.11 minit.
Beliau bakal beraksi dalam tiga lagi acara dalam Kejohanan Renang Para Dunia 2022 iaitu acara individu Medley lelaki SM5 pada 15 Jun (Rabu), acara gaya bebas 200m lelaki S5 pada 17 Jun (Jumaat) dan acara gaya bebas 100m lelaki S5 pada 18 Jun (Sabtu).
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.