lavinesh

MYARM: KEJOHANAN GUSTI LENGAN ASIA KEMBALI

MYARM: KEJOHANAN GUSTI LENGAN ASIA KEMBALI

June 16, 2022 3:49 am

PETALING JAYA, 16 Jun 2022 – Komuniti gusti lengan tanah air pastinya teruja dengan penganjuran Kejohanan Gusti Lengan Asia 2022 oleh Persekutuan Gusti Lengan Malaysia (MyArm) yang akan membuka tirainya pada Sabtu (18 Jun 2022) ini di Paradigm Mall, Petaling Jaya. 

Kejohanan ini akan melibatkan 15 buah negara dengan penyertaan lebih daripada 300 atlet penggusti lengan bertaraf professional. Kejohanan ini akan dikendalikan dengan menggunakan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Gusti Lengan Antarabangsa (IFA). 

Untuk pengetahuan, kejohanan ini adalah anjuran yang pertama kali sejak pandemik COVID-19 melanda negara ini. Mohd Zil Fadli Abd Halim, Presiden MyArm menjelaskan bahawa kejohanan ini merupakan medan pemanas badan utama bagi atlet gusti lengan sebelum beraksi dalam Kejohanan Dunia yang bakal mempertandingkan 50 kategori yang dijadual berlangsung pada September nanti di Perancis. 

Pada majlis sidang media yang berlangsung semalam, beliau menjelaskan bahawa pihak MyArm akan menghantar kira-kira 90 atlet gusti lengan ke Perancis nanti dan menyasarkan untuk meraih 30 pingat emas. 

Atlet Malaysia akan mengambil bahagian dalam semua kategori yang dipertandingkan termasuk junior 15 tahun, junior 18 tahun, senior, master 40 tahun, grand master 50 tahun dan senior grand master 60 tahun ke atas.

Beliau berkata, “Kita juga akan menghantar wakil atlet wanita dan juga kategori junior bawah 15 tahun untuk pertama kali di kejohanan kali ini.”

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #MyArm #KejohananGustiLenganAsia2022 #GustiLengan #armwrestling #KejohananAsia #IFA #ParadigmMall

Sumber : mySukan TV & Berita Harian

Sumber Gambar : Malaysia Armwrestling Federation