haziq

LFIPT 2022 : POLIMAS CATAT SEJARAH MUNCUL JUARA

LFIPT 2022 : POLIMAS CATAT SEJARAH MUNCUL JUARA

June 24, 2022 4:21 am

KUALA LUMPUR, 24 JUN 2022 – Liga Super Futsal Institusi Pengajian Tinggi (LFIPT) 2022 telah melabuhkan tirainya baru-baru ini menyaksikan Politeknik Malaysia (Polimas) mencipta sejarah dengan muncul juara buat kali pertama.

Juara bertahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) terlebih dahulu menumpaskan Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Bangi 7-4 sebelum hari terakhir sirkit yang mana ia membuka peluang bergelar juara buat Polimas yang membelasah KPTM 8-1.

Naib juara musim ini jadi milik UiTM selepas pasukan itu sudah menjadi juara bertahan tiga kali berturut-turut tatkala tempat ketiga milik KPTM.

Timbalan Setiausaha Bahagian, Seksyen Sukan, Bahagian Pe­rancangan Strategik Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Dr. Pekan Ramli sewaktu ditemui berkata, Liga Futsal IPT edisi kali ini berjaya melahirkan lebih ramai pemain berbakat.

“Selepas penyertaan KPT pada MPFL (Liga Premier Futsal Malaysia) tahun ini, saya dapati pemain Futsal IPT begitu bersemangat sekarang.

“Saya akui ramai sangat berbakat dan kita harap mereka bersama KPT-PST Mustangs pada musim depan,” jelas beliau.

Dua pasukan iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kini terpaksa mengucapkan selamat tinggal pada saingan  Liga Super apabila mereka diturunkan ke Liga Premier musim depan.

Bagi saingan Liga Premier pula, gelaran juara jadi milik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang diturunkan daripada Liga Super musim lalu.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #LFIPT2022 #AtletIPT

Sumber : Sukan IPT

Sumber Gambar : Sukan IPT