SKUAD BOLING MUDA NEGARA PAMER PRESTASI MEMBANGGAKAN DI SWEDEN
SKUAD BOLING MUDA NEGARA PAMER PRESTASI MEMBANGGAKAN DI SWEDEN
June 30, 2022 7:53 am
KUALA LUMPUR, 30 JUNE 2022 – Kejayaan membanggakan dilakar oleh skuad muda boling negara pada Kejohanan Dunia Bawah-21 Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) di Helsingborg, Sweden apabila meraih dua pingat perak dan dua gangsa.
Dalam aksi final, Ahmad Azriq Izamudin menyumbang pingat perak dalam acara individu lelaki selepas mencatat keseluruhan 666 jatuhan pin selepas tewas kepada pemain tuan rumah Carl Eklund yang melakukan 730 jatuhan pin.
Kejohanan yang berlangsung di Olympia Bowling itu turut menyaksikan Alya Addini Zulamri menyumbang satu lagi pingat perak menerusi acara individu wanita selepas turut tewas di final kepada pemain Singapura, Colleen Pee dengan catatan 60-40 jatuhan pin.
Sementara itu, pingat gangsa hadir menerusi acara beregu lelaki menyaksikan gandingan Airel Amri Suhaimi-Megat Zaqrul Haiqal Megat Zairudin tunduk kepada gandingan tuan rumah Carl Eklund-Robin Ilhammar di peringkat separuh akhir dengan perbezaan 89 jatuhan pin.
Pingat gangsa terakhir Malaysia pula disumbangkan menerusi Shaqeem Izwan Teh, Nurul Anis Nabila, Cara Loh dan Airel Amri Suhaimi dalam acara campuran berpasukan.
Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.