lavinesh

PURPLE LEAGUE CORPORATE EDISI KE-2 KEMBALI OGOS INI

PURPLE LEAGUE CORPORATE EDISI KE-2 KEMBALI OGOS INI

July 1, 2022 3:25 am

KUALA LUMPUR, 1 Julai 2022 – Kejohanan Biz Link Properties Purple League Corporate 2021/2022 anjuran Malaysia Purple League kembali untuk edisi kedua pada 6 hingga 21 Ogos di One Badminton Academy, Kepong. Kejohanan berprestij khas ini menyasarkan penyertaan syarikat-syarikat korporat dan juga agensi kerajaan. 

Ho Khek Mong, Ketua Pegawai Operasi Malaysia Purple League menyatakan hasratnya untuk menyediakan platform terbaik untuk agensi-agensi yang sentiasa aktif bermain sukan badminton ini selepas waktu bekerja. Beliau juga menekankan tentang peranan Purple League Corporate untuk memberi peluang kepada para atlet untuk bekerja di agensi kerajaan atau syarikat korporat selain daripada bergelar pemain badminton. 

Beliau berkata, “Saya juga amat menghargai sokongan daripada syarikat korporat ternama seperti Top Glove, Senheng dan Genting yang menunjukkan komitmen mereka dalam menyokong dan juga bertanding dalam kejohanan Biz Link Properties Purple League Corporate 2021/2022 dan saya juga percaya kejohanan ini akan menjadi satu platform untuk syarikat korporat dan agensi kerajaan merasai pengalaman beraksi dalam pertandingan sukan sekaligus berpeluang untuk melebarkan lagi peluang perniagaan mereka.”

Untuk pengetahuan, pendaftaran kini dibuka sehingga 4 Julai 2022. Kejohanan ini yang bakal berlangsung selama dua minggu dalam format round robin dari 6-14 Ogos. Manakala, untuk pusingan akhir pula dijadual berlangsung pada 20 dan 21 Ogos nanti.

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #BizLinkPropertiesPurpleLeagueCorporate #PLC #BLPPLC #BizLink #MalaysiaPurpleLeague #PurpleLeagueCorporate

Sumber : Malaysia Purple League

Sumber Gambar : Malaysia Purple League