lavinesh

SRJ 2022: KOTA TINGGI & KULAI MERAIH 3 PINGAT EMAS DALAM PERTANDINGAN KANU

SRJ 2022: KOTA TINGGI & KULAI MERAIH 3 PINGAT EMAS DALAM PERTANDINGAN KANU

July 8, 2022 12:56 pm

BATU PAHAT, 7 Julai 2022 РPertandingan Kanu bagi Kejohanan Sirkit Remaja Johor Edisi 2022 Siri 2 telah berlangsung pada hujung minggu lepas di Tasik Universiti Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Sebanyak 11 kategori telah dipertandingkan iaitu TK2 100m Wanita, TK1 100m Lelaki, TK2 100m Campuran, TK1 100m Wanita, TK2 100m Lelaki, K1 100m Lelaki, TK1 200m Wanita, TK2 200m Lelaki, TK2 200m Campuran, TK1 200m Lelaki dan TK2 200m Wanita. 

Untuk pengetahuan, tujuan utama Sirkit Remaja Johor dianjurkan adalah untuk mencari bakat-bakat baru di dalam sukan-sukan yang berprestasi tinggi di dalam pembangunan sukan, antaranya ialah Memanah, Pencak Silat, Wushu, Kanu dan Petanque.

Penyertaan kejohanan ini terbuka kepada atlet-atlet pembangunan bakat terutama program GOLD Johor dan atlet-atlet yang terdapat di semua daerah di dalam Johor sama ada di bawah Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) atau kelab-kelab di Daerah yang berumur 16 tahun ke bawah dan mereka perlu mewakili daerah masing-masing semasa bertanding.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hj On Bin Jabbar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), Encik Nor Syazlan bin Abd Razak, Pengarah Majlis Sukan Negeri Johor, Encik Mohd Iskandar bin Rahim, Wakil Rasmi Pegawai Daerah Batu Pahat, dan Encik Khairul Faizin, Wakil Rasmi Sekreteriat SUKMA Johor.

Senarai pemenang adalah seperti berikut:

TK2 (100m) (Wanita)

  1. Nur Syafika Binti Mohamad Zais & Siti Nur Azwa Bt Abdullahyahirah (Kota Tinggi)
  2. Khairunnissaq Hafizah Binti Mohd Fadali & Afaf Izatti Binti Aizul (Johor Bahru)
  3. Nurul Humaira Binti Mohd Syahrul & Nuramira Bt Mohd Redzuan Robert (Batu Pahat)

TK1 (100m) (Lelaki)

  1. Muhammad Akmal Bin Muhd Hidayat (Kulai)
  2. Alif Hakimi Bin Ali (Batu Pahat)
  3. Ammar Hafiy Bin Shahil Izwan (Johor Bahru)

TK2 (100m) (Campuran)

  1. Mohd Haziq Shafiq bin Shahdan & Nur Tasya Qaisarah Bt Salim (Batu Pahat)
  2. Laila Hanani Bt Muhamad Azri & Mohamad Aiman B Mohamad Norazlee (Kota Tinggi)
  3. Azlyn Faresya Binti Muhammad Azmi Tan & Muhammad Afif Farihin Bin Abdul Razak (Tangkak)

TK1 (100m) (Wanita)

  1. Aliya Syazwanie Bt Hairol (Kota Tinggi)
  2. Natasha Bt Rosmi (Segamat)
  3. Helena Lee Xin Yun (Muar)

TK2 (100m) (Lelaki)

  1. Muhammad Akmal Bin Muhd Hidayat & Muhammad Hadeef Bin Muhd Hidayat (Kulai)
  2. Muhammad Amirul Hakimi Bin Mohd Fadzli & Nur Hussin Bin Suhaimi (Muar)
  3. Yulis Aqasha Batrisyah Bin Yusra & Yulis Aqmal Batrisyah Bin Yusra (Batu Pahat)

K1 (100m) (Lelaki)

  1. Muhammad Akmal Bin Muhd Hidayat (Kulai)

TK1 (200m) (Wanita)

  1. Nor Asma Antasha Bt Noor Azam (Segamat)
  2. Aliya Syazwanie Bt Hairol (Kota Tinggi)
  3. Nur Allysha Bt Jaeberi (Batu Pahat)

TK2 (200m) (Lelaki)

  1. Ammar Harith Bin Shahril Izwan & Ammar Hafiy Bin Shahil Izwan (Johor Bahru)
  2. Mohd Haziq Shafiq Shahidan & Muhammad Hasif Bin Mohd Noh (Batu Pahat)
  3. Muhammad Hakimi B Fuuad & Muhammad Syahmim Danish B Sahlan (Segamat)

TK2 (200m) (Campuran)

  1. Laila Hanani Bt Muhamad Azri & Mohamad Aiman B Mohamad Norazlee (Kota Tinggi)
  2. Helena Lee Xin Yun & Chua Yu Jie (Muar)
  3. Adib Naufal Bin Shahril Izwan & Nur Irdina Binti Anas (Johor Bahru)

TK1 (200m) (Lelaki)

  1. Ammar Harith Bin Shahril Izwan (Johor Bahru)
  2. Abdul Hakim Bin Mohd Shah (Muar)
  3. Muhammad Hadeef Bin Muhd Hidayat (Kulai)

TK2 (200m) (Wanita)

  1. Natasha Bt Rosmi & Nor Asma Antasha Bt Noor Azam (Segamat)
  2. Khairunnissaq Hafizah Binti Mohd Fadali & Afaf Izatti Binti Aizul (Johor Bahru)
  3. Nur Tasya Qaisarah Bt Salim & Nurzarin Sofea Bt Mohd Misnan (Batu Pahat)

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #MSNJ #SRJ2022 #SRJ #Kanu #Wanita #Lelaki #100m #200m

Sumber : Majlis Sukan Negeri Johor & Sirkit Remaja Johor

Sumber Gambar : Majlis Sukan Negeri Johor