lavinesh

SIRI KELAYAKAN PIALA EMAS SSL: MALAYSIA MARA KE PERINGKAT AKHIR

SIRI KELAYAKAN PIALA EMAS SSL: MALAYSIA MARA KE PERINGKAT AKHIR

July 18, 2022 4:19 am

SWITZERLAND, 18 Julai 2022 – Siri Kelayakan Piala Emas Liga Pelayar Star (SSL) telah menutup tirainya dengan menyaksikan pasukan SSL Afrika Selatan dan pasukan SSL Malaysia masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua Kumpulan 7 sekali gus berjaya menjaminkan slot mereka di Peringkat Akhir SSL pada akhir bulan Oktober nanti.

Sebelum perlumbaan ke-6 yang berlangsung semalam, pasukan SSL Afrika Selatan yang mendahului dengan 13 mata berjaya menjaminkan slot mereka ke Peringkat Akhir. Manakala, saingan rapat antara pasukan SSL Malaysia dan pasukan SSL India kerana kedua-dua pasukan itu mempunyai peluang tetapi hanya satu pasukan yang akan layak ke peringkat seterusnya. 

Walaupun pasukan SSL India berjaya mengakhiri perlumbaan ke-6 itu di tempat kedua dan pasukan SSL Malaysia di tempat ketiga, namun kutipan empat mata oleh India tidak mencukupi untuk mengatasi Malaysia. 

Setelah enam perlumbaan, pasukan SSL Afrika Selatan menduduki tempat teratas Kumpulan 7 dengan 19 mata dan diikuti oleh pasukan SSL Malaysia di tempat ke-2 dengan 12 mata, satu mata lebih daripada pasukan SSL India yang menduduki tempat ke-3. 

Khairulnizam Mohd Afendy, Kemudi pasukan SSL Malaysia berkata, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua krew saya yang bekerja keras minggu ini. Kami bergelut semalam dan hari ini kerana kami terpaksa mengekalkan India di belakang kami dan mengawal Afrika Selatan. Tetapi kami gembira kerana kami akan menjadi lebih kuat untuk Bahrain (Peringkat Akhir SSL). Kami biasanya bagus dalam situasi yang kukuh seperti hari ini jadi, kami akan menjadi lebih bersedia untuk saingan Bahrain nanti. Tetapi kini tiba masanya untuk meraikan kelayakan kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penaung kami, Yang Amat Mulia Amir Shah yang datang ke sini untuk menyokong kami dan keluarga kami di tanah air yang mengikuti kami semua masa.”

Jom Like, Komen, Share, Follow dan Subscribe semua platform media sosial mySukanTV untuk dapatkan info sukan yang terkini.

#MySukanTV #BeritaSukan #SSLGoldCup #SSLTeamMalaysia #SSL #SiriKelayakanSSL #PeringkatAkhirSSL #Layak #Bahrain

Sumber : Star Sailors League

Sumber Gambar : SSL Gold Cup, SSL Team Malaysia, Martina Orsini