‘FLYING SIKH’ JUARA PUSINGAN PERTAMA MALAYSIA NATIONAL RALLY CHAMPIONSHIP
‘FLYING SIKH’ JUARA PUSINGAN PERTAMA MALAYSIA NATIONAL RALLY CHAMPIONSHIP
August 2, 2022 5:54 am
MARAN, 2 Ogos 2022 – Peminat Karamjit Singh, atau lebih dikenali sebagai “Flying Sikh” bersorak gembira dengan berita bahawa beliau bersama rakan pasukannya, Jagdev Singh muncul sebagai juara bagi Pusingan 1 Kejohanan Rali Kebangsaan Malaysia (MNRC) yang telah berlangsung pada hujung minggu lepas di Maran, Pahang.
Setelah hampir empat tahun tidak berlumba akibat pandemik global, bekas Juara Rali Kereta Pengeluaran Dunia itu kembali ke dunia perlumbaan dengan jenteranya, Proton Gen-2 pengecas turbo.
Karamjit berkata, “Kejohanan kebangsaan tersebut telah ditangguhkan beberapa kali kerana Covid-19. Ia sepatutnya diadakan pada bulan Jun tetapi terpaksa dijadualkan semula untuk mengelakkan pertembungan dengan acara sukan permotoran lain. Saya gembira ia akhirnya berlangsung.”
“Kami tidak dapat berlumba tahun lepas kerana PKP tetapi saya memastikan diri saya cergas dengan bersenam di gim dan bermain badminton. Sejak kebelakangan ini, kami melakukan pemacuan recce dan shakedown (acara untuk krew menguji kereta mereka di medan yang sama dengan kejohanan ini),” tambah beliau.
Buat pengetahuan, terdapat tiga lagi pusingan Kejohanan Rali Kebangsaan Malaysia yang dijadual berlangsung pada 3 – 4 September, 29 – 30 Oktober dan 26 – 27 November 2022. Namun, lokasi pusingan tersebut bakal berlangsung masih belum diumumkan.