lavinesh

KELUARGA YOONG TUAI 5 EMAS, 1 PERAK & 3 GANGSA DI KOREA SELATAN

KELUARGA YOONG TUAI 5 EMAS, 1 PERAK & 3 GANGSA DI KOREA SELATAN

August 15, 2022 4:47 am

CHUNCHEON, KOREA SELATAN, 15 Ogos 2022 – Kejohanan Ski Air Asia IWWF yang telah berlangsung dari 8 hingga 13 Ogos 2022 lalu di Chuncheon, Korea Selatan menyaksikan adik-beradik Yoong Hanifah mengharumkan nama Malaysia dengan memenangi lima pingat emas, satu pingat perak, tiga pingat gangsa dan juga mencatatkan rekod peribadi baharu.

Aaliyah Yoong Hanifah, atlet ski air negara berjaya meraih sebanyak empat pingat emas dalam acara ‘tricks’ terbuka wanita (7,440 mata), acara ‘jump’ terbuka wanita (40.6m & 37.2m), acara ‘slalom’ wanita (0.00/55km/j/13m) dan juga dinobatkan gelaran juara keseluruhan (3,000 mata).

Selain Aaliyah Yoong, Adam Yoong Hanifah, yang merupakan adiknya telah berjaya memperoleh pingat emas dalam acara ‘tricks’ lelaki bawah 17 (U17) dan satu pingat gangsa dalam acara lompat U17. Untuk pengetahuan, Adam telah memecahkan rekod lompatannya iaitu 15.9m yang dicatatkan pada Kejohanan Asia 2019 di Bangkok dengan merekodkan aksi peribadi terbaik dengan jarak 27.0m.¬†

Tidak ketinggalan, Aiden Yoong Hanifah turut berjaya meraih gelaran naib juara bagi kategori lelaki U17 keseluruhan dengan menggondol pingat perak. Beliau juga mendapat pingat gangsa dalam acara ‘tricks’ lelaki U17 dan juga bagi acara ‘slalom’ lelaki U17. Aiden berjaya memadamkan rekod Adam Yong sebelum ini iaitu 20.1m dengan mencatatkan rekod lompatan baharu 23.9m.

#MySukanTV #BeritaSukan #waterskijumping #waterskitricks #waterskiwakeboardwakesurfmalaysia #mwwf #iwwf #iwwfed #asianchampionship #wwwc #2022asianwaterski #2022asianchampionship #chuncheon #southkorea #waterski #wakeboard #wakesurf #malaysia

Sumber: mySukan TV & BERNAMA

Sumber Gambar: IG aiden_yh