lavinesh

BOLING REMAJA ASIA: SHAQEEM IZWAN GEGAR BUMI THAILAND

BOLING REMAJA ASIA: SHAQEEM IZWAN GEGAR BUMI THAILAND

August 16, 2022 3:36 am

BANGKOK, THAILAND, 16 Ogos 2022 – Kejohanan Boling Tenpin Remaja Asia MWA Edisi Ke-21 yang sedang berlangsung di Blu-O Rhythm & Bowl Major Ratchayothin, Bangkok telah menyaksikan Shaqeem Izwan Teh Shahrul Hafiz Teh dinobatkan gelaran juara bagi acara perseorangan remaja lelaki. 

Selain pingat emas yang dimenangi oleh Shaqeem Izwan, pingat perak diraih oleh Lan Shao Kang dari Taiwan dengan memperoleh 1,407 mata dan pingat gangsa jatuh kepada Abdulrahman Alkandari dari Kuwait dengan 1,406 mata. Manakala, rakan sepasukan Shaqeem Izwan, iaitu Airel Amri Suhaimi, Syabil Azam Saymsul dan Izz Naqiuddin Putera Islahuddin masing-masing menduduki tempat ke-16, ke-18 dan ke-19.

Sementara itu, skuad boling wanita negara berdepan kekecewaan dalam acara perseorangan remaja wanita. Adiana Mohd Redzwan menduduki tempat ke-5 dengan 1,198 mata dan diikuti oleh Anis Hanani Romzi di tempat ke-6 dengan 1,185 mata. Manakala, Nur Aqila Aini Mohmmed Faiz menamatkan kempennya di tempat ke-13 dengan 1,107 mata dan Nurul Hanis Nabila Mohd Nizam di tempat ke -15 dengan 1,097 mata.

Untuk pengetahuan, Kejohanan Boling Tenpin Remaja Asia MWA Edisi Ke-21 akan berakhir pada 20 Ogos ini dan acara pasangan beregu lelaki dan wanita akan berlangsung pada hari ini.

#MySukanTV #BeritaSukan #MTBC #BowlingMalaysia #MWA #AsianJuniorChampionship #Boling #Remaja #Juara

Sumber: mySukan TV & BERNAMA

Sumber Gambar: FB Group Bowling Malaysia