lavinesh

GRAND PRIX MALAYSIA KEMBALI DENGAN PETRONAS SEBAGAI PENAJA UTAMA

GRAND PRIX MALAYSIA KEMBALI DENGAN PETRONAS SEBAGAI PENAJA UTAMA

August 17, 2022 7:24 am

KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2022 – Acara sukan permotoran yang paling lama iaitu PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2022 bakal kembali bagi Edisi ke-23 yang dijadual berlangsung pada 21 hingga 23 Oktober ini di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Majlis pelancaran PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2022 telah diadakan di Dewan Filharmonik PETRONAS yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Belia dan Sukan semalam. 

Edisi ke-23 Grand Prix Malaysia menandakan kemunculan PETRONAS sebagai penaja utama setelah mencapai perjanjian dengan pemegang hak MotoGP, Dorna Sports pada awal tahun ini. SIC turut mengumumkan bahawa Syarifuddin Azman, pelumba Malaysia yang lebih dikenali sebagai Damok, turut diberikan penyertaan wildcard dalam Kejohanan Dunia Moto3. Pelumba berusia 21 tahun itu kini menduduki di tangga kedua dalam carta kejuaraan FIM JuniorGP. 

Azhan Shafriman Hanif, Ketua Pegawai Eksekutif SIC berkata, “Tahun ini menandakan tahun pertama PETRONAS menjadi sebagai Penaja Utama untuk Grand Prix. SIC bersedia untuk #WelcomeHome semua peminat sukan permotoran tempatan dan antarabangsa ke Sepang selepas dua tahun terhenti penganjuran MotoGP akibat pandemik dan kami akan memastikan kualiti Grand Prix Malaysia berada pada tahap tertinggi.”

“Dengan tiada pelumba Malaysia yang bersaing pada musim kejuaran edisi ini, saya percaya bahawa Damok akan menjadi faktor tarikan untuk rakyat Malaysia menyokong pelumba Malaysia yang bakal bersaing di grid nanti,” tambah beliau. 

Sementara itu, Datin Anita Azrina Abdul Aziz, Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan PETRONAS mengulas, “PETRONAS teruja untuk melihat kembalinya MotoGP ke Malaysia dan ia memberi kami kebanggaan besar untuk mengetuai acara itu, kerana kejuaraan itu sinonim dengan semangat, inovasi, rentak dan prestasi – nilai yang bergema dengan baik dengan PETRONAS. Oleh itu, untuk meraikan kejuaraan itu, PETRONAS telah menyediakan beberapa siri pengalaman mesra keluarga yang mendebarkan di dalam dan di luar trek, termasuk di sekitar KLCC yang akan diumumkan dalam masa terdekat.” 

Untuk pengetahuan, aktiviti luar trek khas untuk peminat bermula dengan pra-acara pada Rabu minggu perlumbaan iaitu Peraduan Memasak Awam yang mempamerkan bakat memasak pelumba MotoGP di Pavilion Kuala Lumpur. Selain itu, aktiviti hujung minggu perlumbaan yang sentiasa popular seperti Public Pit Lane Walk dan Sesi Autograf Penunggang akan berlangsung pada 21 Oktober 2022 di mana peminat boleh melihat secara dekat dan peribadi dengan penunggang kegemaran mereka. 

Peminat boleh mendapatkan barang-barangan istimewa untuk dibawa pulang di Karnival Mega MotoGP  yang dinanti-nantikan dengan lebih 100 jenama terkenal dan juga pengalaman Night Track Tour pada Jumaat, 21 Oktober hingga Sabtu, 22 Oktober 2022 kembali dijual.  

Tahun ini, SIC berbangga menjadi Grand Prix PERTAMA yang mempersembahkan pengalaman gaya hidup baharu dan rasa festival yang dipilih susun yang menggabungkan makanan dan budaya tempatan termasuk muzik secara langsung, pemasangan seni dan pengaktifan unik dimana dua pemenang bertuah akan memenangi motosikal Yamaha NVX dan Y15ZR dengan Liveri edisi terhad SIC bernilai RM22,000.

#MySukanTV #BeritaSukan #WelcomeHome #SIC #MotoGP #PETRONASGRANDPRIXofMALAYSIA #PETRONAS #GrandPrixMalaysia #GrandPrix #GrandPrix2022 #GrandPrixMalaysia2022

Sumber: mySukan TV 

Sumber Gambar: Sepang International Circuit