PEMANDU E-HAILING, SANTO JUARA LIGA PENALTI GORILLA 2022
PEMANDU E-HAILING, SANTO JUARA LIGA PENALTI GORILLA 2022
August 25, 2022 7:20 am
SHAH ALAM, 25 Ogos 2022 – Edisi pertama Liga Penalti Gorilla 2022 yang berlangsung baru-baru ini di Radia Arena, Bukit Jelutong, Shah Alam telah menyaksikan Mohamad Firdaus bin Yusof atau lebih dikenali sebagai Santo, seorang pemandu perkhidmatan penghantaran muncul juara.
Untuk pengetahuan, berbanding dengan pasukan lain yang mendaftar 5 pemain, Santo merupakan satu-satunya pasukan yang hanya mendaftar hanya satu pemain sahaja. Sebelum layak ke peringkat akhir, lebih 50 sepakan penalti telah diambil oleh beliau dan beliau juga telah menyelamatkan lebih 20 sepakan penalti daripada pasukan lawan.
Santo yang berusia 32 tahun berkata, “Saya memilih untuk sertai Liga Penalti kerana saya boleh bermain secara berseorangan, tak banyak rule (peraturan) macam bola sepak dan mudah disertai.”
Pada edisi ini, Liga Penalti Gorilla 2022 menerima penyertaan 130 pasukan, manakala sebanyak 16 pasukan bola jaring menyertai Liga Bola Jaring Gorilla yang telah berlangsung serentak di Radia Arena, Shah Alam. Para pemenang membawa pulang wang tunai bersama piala beserta barangan rasmi daripada Gorilla. Hadiah telah disampaikan kepada para pemenang oleh Nik Sur Syazwani Natasya Binti Nik Mohd Juzaili, Pengurus Pemasaran Guerilla PLT.
“Saya sangat gembira membawa pulang hadiah kemenangan yang lumayan,” tambah Sanyo yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000.00.
Sementara itu, acara Liga Penalti Gorilla 2022 ini diserikan lagi dengan kehadiran dua pemain muda dari pasukan Liga Super Kelab Bola Sepak Selangor.
Nik Nur Syazwani Natasya berkata, “Ini merupakan salah satu inisiatif tanggungjawab sosial kepada orang ramai dimana sukan Liga Penalti tidak memerlukan skill atau stamina yang tinggi dan boleh disertai oleh semua peringkat umur dan golongan. Kami bercadang untuk menganjurkan Liga Penalti Gorilla peringkat akar umbi pada masa akan datang.”