BOLING TERBUKA THAILAND: RAFIQ ISMAIL RAIH PINGAT PERAK
BOLING TERBUKA THAILAND: RAFIQ ISMAIL RAIH PINGAT PERAK
September 9, 2022 2:51 am
BANGKOK, 9 September 2022 – Jaguh boling negara, Rafiq Ismail telah berjaya meraih tempat kedua dalam Kejohanan Boling Terbuka Thailand pada aksi final kategori lelaki setelah beliau ditewaskan oleh wakil Thailand, Annop Arromsaranon semalam.
Rafiq tumpas kepada Annop dengan jatuhan pin 234-222 sekali gus gagal mempertahankan gelaran yang dimenangi oleh bekas atlet boling negara, Adrian Ang pada tahun 2019. Namun, beliau membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM22,200 sebagai naib johan.
Sementara itu, Syafiq Radhwan Abdul Malek, atlet boling negara telah mengakhiri kempennya dalam kejohanan tersebut di tempat ke-5 setelah gagal mengalahkan Park Sang Jin dari Korea Selatan dan Mike Ong dari Singapura.
Manakala, atlet boling wanita negara, Natasha Roslan dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman masing-masing berada di tempat ke-6 dan ke-13. Gelaran juara Terbuka Thailand bagi kategori wanita jatuh kepada Ramita Sarntong yang berjaya menundukkan Hyun Ji 224-193 pada aksi final.
Untuk pengetahuan, bersempena sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia, mySukan TV dengan kolaborasi bersama Rakita telah menyajikan episod istimewa mySukan Hangout X Sukan Kita yang menampilkan tetamu jemputan khas iaitu Rafiq Ismail dan juga Cheah Liek Hou, Pemain Badminton Para Negara dalam menceritakan perjalanan dan pengalaman mereka sepanjang mewakili negara. Saksikan video tersebut di laman Youtube rasmi mySukan TV atau klik pautan berikut https://www.youtube.com/watch?v=94y37C4jHJ0&t=131s .