lavinesh

PETA HALA TUJU F:30 PERLU DIKAJI SEMULA – SCOTT O’DONNELL

PETA HALA TUJU F:30 PERLU DIKAJI SEMULA – SCOTT O’DONNELL

September 21, 2022 8:22 am

KUALA LUMPUR, 21 September 2022 – Setelah kekalahan skuad B-19 negara kepada Mongolia dalam pusingan kelayakan Piala Asia B-20 baru-baru ini, Scott O’Donnell, Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan bahawa peta hala tuju F:30 tidak gagal hanya matlamat yang ditetapkan hendaklah dinilai semula.

Scott berkata, “Saya bukan mahu memberikan alasan tetapi saya tiada di sini sewaktu sasaran F:30 ditetapkan. Tetapi amat jelas sasarannya sudah terkesan dan kami perlu menilai semula sasaran itu.”

“Kami perlu sedar dan mengakui bahawa kami gagal mencapai sasaran itu. Tiada alasan untuknya kerana kami memiliki barisan pemain terbaik dan tidak mendapat keputusan yang kami mahukan,” jelas Scott.

Untuk pengetahuan, sasaran utama FAM dalam melancarkan F:30 pada tahun 2018 adalah untuk menjadikan Malaysia antara lima pasukan terbaik Asia menjelang 2030. 

Anak buah Hassan Sazali merekodkan satu kemenangan satu seri dan satu kekalahan sekali gus gagal melepasi peringkat kumpulan pusingan kelayakan Piala Asia B-20.

#MySukanTV #BeritaSukan #FAM #HarimauMalaya #PialaAsiaB20 #Mongolia #F30

Sumber: mySukan TV, Stadium Astro, Sinar Harian

Sumber Gambar: Football Association of Malaysia