lavinesh

EISKL 2022 BAKAL ERAT HUBUNGAN KBS & EKOSISTEM SUKAN NEGARA

EISKL 2022 BAKAL ERAT HUBUNGAN KBS & EKOSISTEM SUKAN NEGARA

September 22, 2022 8:11 am

BUKIT JALIL, 22 September 2022 – Dalam usaha mewujudkan ekosistem, lanskap dan potensi industri sukan yang lebih komprehensif dan berdaya saing serta mendekatkan jurang hubungan di antara pemain industri sukan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Sekretariat Industri Sukan (SIS) buat julung kali bakal menganjurkan Ekspo Industri Sukan Kuala Lumpur 2022 (EISKL 2022) yang dijadual berlangsung pada 6 hingga 9 Oktober 2022 ini di Kompleks Sukan.

Majlis Pra-pelancaran EISKL 2022 yang diadakan pagi tadi telah disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu, Menteri Belia dan Sukan. Dengan matlamat mendekatkan KBS dengan para pemain industri demi kepentingan bersama, ia juga merupakan langkah proaktif KBS ke arah menjalinkan kerjasama strategik bagi merancang ekosistem industri dalam jangka masa panjang. 

Untuk pengetahuan, EISKL 2020 akan terbahagi kepada 3 segmen iaitu Profesionalisme yang mengandungi Persidangan Industri Sukan dan Malam Penghargaan; Pengkomersialan yang mengandungi Ekso Pameran Industri Sukan, Karvival Jualan, cabutan bertuah dan Peluang Perniagaan, Kerjaya Industri Sukan; serta Karnival Sukan meliputi penganjuran acara-acara seperti Fun Ride, Run Run, Nite Run, Auto Show, Futsal, Aerobik Dance, Basketball 3 on 3, Konsert dan jualan Food Truck.

Ekspo ini akan menghimpunkan semua penggiat dan pemain industri sukan yang terdiri dari pelbagai segmen seperti peruncitan, pembuatan barangan sukan, pembinaan fasiliti, teknologi, perubatan, pendidikan, perubatan, pengurusan venue dan acara.

Ahmad Faizal berkata, “KBS dan SIS bertekad untuk sedaya upaya menyediakan persekitaran kondusif agar industri sukan dapat berkembang dengan jayanya sekaligus, memberi manfaat berganda buat semua pihak. Ini termasuklah penganjuran EISKL 2022 pada bulan depan.”

“EISKL 2022 merupakan antara langkah awal sebagai satu platform untuk KBS menonjolkan potensi dan sumbangan industri sukan terhadap negara. Ia bakal menghimpunkan semua penggiat dan pemain industri sukan yang terdiri daripada plebagai segmen.”

“Moga-moga organisasi korporat, persatuan sukan, NGO, pusat pengajian tinggi dan masyarakat umum dapat bersama-sama menyokong EISKL 2022. Diharap juga pelbagai limpahan ekonomi dapat diraihi oleh Kerajaan serta rakyat melalui penganjuran acara seperti ini,” tambah beliau.

#MySukanTV #BeritaSukan #TeamKBS #EISKL #EISKL2022 #EkspoIndustriSukan #KualaLumpur #sukan #Malaysia

Sumber: mySukan TV

Sumber Gambar: mySukan TV