lavinesh

17 ATLET BADMINTON MUDA BAKAL HADAPI CABARAN DI SEPANYOL

17 ATLET BADMINTON MUDA BAKAL HADAPI CABARAN DI SEPANYOL

September 26, 2022 4:26 am

BUKIT KIARA, 26 September 2022 – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) telah mengumumkan senarai atlet remaja negara yang akan bersaing pada Kejohanan Remaja Dunia 2022 yang dijadualkan berlangsung di Santander, Sepanyol dari 17 hingga 30 Oktober ini.

Susulan penilaian menyeluruh semasa ujian pemilihan yang diadakan di PETRONAS Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara pada 12 hingga 15 September lalu, pihak BAM telah menyenaraikan seramai 17 pemain yang bakal menjalankan tugas mereka untuk mewakili negara di benua Sepanyol nanti.

Skuad negara akan diketuai oleh Justin Hoh selain Eogene Ewe Eon bersama Ariffin Nazri, Bryan Jeremy Goonting, Choi Jian Sheng, Fazriq Razif, Wong Vin Sean, Aaron Tai dan Low Han Chen. Manakala, senarai atlet wanita merangkumi Siti Nurshuhaini Azman, Ong Xin Yee, Siti Zulaikha Azmi, Vannee Gobi, Chong Jie Yu, Lai Ting Cen, Carmen Ting dan Lee Xin Je.

Pengarah Pembangunan Remaja (BAM), Datuk Misbun Sidek berkata, “Kita tahu di peringkat remaja dunia ini negara seperti China, Korea Selatan, Jepun, Indonesia, Taiwan dan Thailand sangat aktif di peringkat badminton dunia dan ini akan menjadi persaingan yang besar.”

“Jadi kita ini sebagai pesaing sudah tentunya akan beri persembahan yang menyakinkan dan saya optimis peluang itu masih ada, seterusnya skuad negara mampu membawa pulang kejayaan pada pertandingan ini,” tambah kata beliau.

#MySukanTV #BeritaSukan #BAM #WorldJuniorChampionships2022 #BadmintonMalaysia #DemiMALAYSIA

Sumber: mySukan TV, BERNAMA

Sumber Gambar: Badminton Association of Malaysia