PUCHONG, 27 September 2022 – Esports Integrated (ESI) telah mengumumkan 16 pasukan-pasukan negeri yang memenangi Malaysia Esports League 2022 (MEL22) Peringkat Liga Negeri baru-baru ini akan mewakili negeri masing-masing di Peringkat Kebangsaan bagi kategori PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBGM) yang bakal berlangsung pada 26 Oktober hingga 2 November 2022 di ESI Hub, Spacerubix Puchong.
16 pemenang tersebut adalah Agent in Pyjamas (Pulau Pinang), HK Nemesis (Selangor), Anti Circle (WP Putrajaya), DBD Academy (Kelantan), DBD Comeback (Melaka), Team Dingin (Johor), Miri MOB Borneo (Sarawak), DBD Glazer (Kedah), EDRA Ares (Perak), Nemesis (WP Kuala Lumpur), LX FTSLR (Pahang), Tomyam Reborn (Terengganu), AE N9K (Negeri Sembilan), RHG Rogue (WP Labuan) dan Ivict Star Elite (Sabah).
Edisi kedua MEL yang menawarkan hadiah terkumpul berjumlah RM299,500 menyaksikan kali ini akan diperluaskan dengan tambahan 2 permainan baharu dan kategori yang dikembangkan daripada 4 kepada 7, dengan penyertaan liga orang kelainan upaya (OKU). Susulan daripada Malaysia Esports League 2021 (MEL21), MEL22 menyasarkan untuk menyediakan platform yang lebih komprehensif dan inklusif untuk bakat sukan elektronik Malaysia bersaing dan mempamerkan kebolehan mereka.
MEL22 akan dibahagikan kepada 3 siri iaitu Siri MEL22 Regular yang terdiri daripada Liga Negeri MEL22 dan Kebangsaan MEL22 yang menampilkan 3 tajuk permainan – Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), PlayerUnknown’s Battleground Mobile (PUBGM) dan Garena Free Fire (FT); Siri Terbuka MEL22 menampilkan 3 tajuk permainan – Dota 2, FIFA23 dan Valorant; dan Para MEL22 (tajuk permainan akan diumumkan tidak lama lagi melalui akaun media sosial ESI).
Bagi Siri MEL22 Regular, matlamatnya adalah untuk menyediakan platform sebenar bagi peminat sukan esport akar umbi untuk bersaing di peringkat negeri dan kemudiannya mewakili negeri mereka di playoff kebangsaan. Dengan kerjasama Moontoon, Tencent dan Garena, penerbit untuk MLBB, PUBGM dan FF, pemenang dari playoff kebangsaan akan mara ke kejohanan peringkat profesional ESI, Kejohanan Esukan Malaysia 2022/2023 (MEC 2022/2023) dan kemudiannya menjadi penerbit lita profesional sendiri seperti MLBB Pro League Malaysia (MPL), PUBGM National Championship (PMNC) dan FF Malaysia/Cambodia/Philippines Majors (FF MCPS). Liga Negeri MEL22 sedang berlangsung dari 12 hingga 29 September 2022 yang dijalankan secara maya, manakala MEL22 Nationals pula akan bermula dari 1 Oktober hingga 2 November 2022, yang diadakan secara fizikal di ESI Hub.
Bagi Siri Terbuka MEL22, ia akan menjadi kejohanan terbuka untuk semua pemain dari pelbagai peringkat (amatur, separa profesional dan profesional), manakala Para MEL22 adalah kesinambungan kejohanan OKU sahaja ESI, memberi peluang kepada peminat sukan elektronik OKU. Kedua-dua siri akan juga diadakan secara fizikal di ESI Hub.