lavinesh

5 BADAN SUKAN TERIMA ANUGERAH PENARAFAN 5 BINTANG

5 BADAN SUKAN TERIMA ANUGERAH PENARAFAN 5 BINTANG

September 28, 2022 8:16 am

BUKIT JALIL, 28 September 2022 – Majlis Anugerah Penarafan Bintang Badan Sukan Tahun 2021 anjuran Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dengan kerjasama Majlis Sukan Negara telah mendapat sambutan amat menggalakkan daripada badan sukan termasuk dari Sabah dan Sarawak yang diadakan di Dewan Banquet, Casa 4, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil semalam.

Sebanyak 73 daripada 99 badan sukan layak menerima penarafan bintang menyaksikan lima peratus adalah badan sukan peringkat Kebangsaan, sepuluh peratus badan sukan peringkat Negeri, 66 peratus badan sukan peringkat Daerah dan 19 peratus badan sukan peringkat Kelab.

Hasil daripada penilaian ini juga mendapati, lima badan sukan di peringkat Kebangsaan berjaya menerima pengiktirafan lima bintang. Badan sukan tersebut terdiri daripada Persatuan Bolasepak Malaysia, Konfederasi Malaysia, Persekutuan Wushu Malaysia, Persatuan Badminton Malaysia dan Persatuan Squash san Raket Malaysia. Manakala, sepuluh badan sukan lain meliputi pelbagai peringkat telah berjaya meraih penarafan empat bintang.

Majlis tersebut disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan diiringi oleh Senator Dato’ Seri Ti Lian Ker Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato’ Jana Santhiran Muniayan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Tuan Ibrahim bin Mohd Yusof Pesuruhjaya Sukan Malaysia, Dato’ Ahmad Shapawi bin Ismail Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, YBhg. Tan Sri Dr Mohamad Norza bin Zakaria Presiden Majlis Olimpik Malaysia dan Dato’ Sri Megat D Shahriman bin Dato’ Zaharudin Presiden Majlis Paralimpik Malaysia.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Belia dan Sukan, “YB Menteri Belia dan Sukan dalam ucapannya berharap agar badan-badan sukan yang berjaya menerima penarafan bintang ini menjadi role model kepada badan-badan sukan lain untuk menyinar di masa depan.”

#MySukanTV #BeritaSukan #TeamKBS #PJS #MSN #OCM #MOM #PCM #MPM #AnugerahPenarafanBintangBadanSukan2021

Sumber: mySukan TV

Sumber Gambar: Majlis Sukan Negara