KUALA LUMPUR, 30 SEPTEMBER 2022 – Kejohanan Pickleball Dunia Edisi ke-3 yang berlangsung di Liga.Sports Club, Sanur, Bali dari 20 -24 September 2022 menyaksikan satu pingat Emas, enam pingat Perak dan empat pingat Gangsa berjaya dibawa pulang kontinjen Malaysia.
Skuad negara yang dibarisi seramai 21 pemain dari Miri, Kuching dan Kuala Lumpur mengambil bahagian dalam Divisyen Perseorangan, Beregu dan Beregu Campuran kategori umur yang berbeza.
Kent Hii Kuong Sing dan Monaliza Ibrahim menyumbang pingat Emas menerusi kategori Beregu Divisyen 50+ 3.0 selepas menewaskan pasangan Singapura Tony Koh dan Poh Beng Bee 11-4, 7-11 dan 11-8. Terdahulu, pasangan Malaysia itu menewaskan Masniah Saja & Adi Wibawa dari Indonesia di Separuh Akhir.
Dalam acara Perseorangan Bawah 18 tahun, adik-beradik Dalzshervyn Roshen Prabakaran dan Kirshelya Rhsme Prabakaran yang merupakan pelajar SMK St, Joseph Miri, Sarawak masing-masing memenangi pingat Perak dalam kategori Lelaki dan Gangsa dalam bahagian Perempuan.
Presiden Persatuan Pickleball Malaysia, Farrell Choo berkata, “Ini adalah perlawanan pertama Malaysia dalam kejohanan pickleball yang dibenarkan oleh Persekutuan Asia Pickleball (AFP). Kami membawa kembali semua pengalaman kami dari 5 acara untuk meningkatkan program pembangunan kami dan menyediakan lebih ramai pemain untuk acara antarabangsa yang akan datang”
Untuk pengetahuan, Persatuan Pickleball Malaysia yang ditubuhkan pada 2019 di Miri, Sarawak dan kini telah memperkenalkan sukan tersebut ke Sarawak, Negeri Sembilan, Johor, Kuala Lumpur, Sabah, Pulau Pinang dan Pahang.
Pickleball telah dicipta pada tahun 1965 di Amerika Syarikat. Ia adalah salah satu sukan yang paling pesat berkembang di Amerika Syarikat dan kini di seluruh dunia dengan lebih daripada 70 negara turut aktif dalam sukan ini.
Ia boleh dimainkan secara indoor atau outdoor. Seorang pemain memerlukan bola dan raket untuk mula bermain sukan ini. Ia boleh dimainkan secara beregu atau perseorangan.
Senarai pemenang pingat MALAYSIA :
EMAS
Beregu Campuran 50+ Pertengahan Divisyen 3.0
Pemenang Pingat Emas
Kent Hii Kuong Sing & Monaliza Ibrahim
PERAK
Perseorangan Lelaki U18 Divisyen 3.0
Pemenang Pingat Perak
Dalzshervyn Roshen Prabakaran
Perseorangan Wanita 50+ Divisyen 3.0
Pemenang Pingat Perak
Lydia Wong
Perseorangan Lelaki 60+ Divisyen 3.0
Pemenang Pingat Perak
Eric Wong Sing Hieng
Beregu Wanita 50+ Pertengahan Divisyen 3.0
Pemenang Pingat Perak
Lydia Wong & Monaliza Ibrahim (Naib Johan)
Beregu Wanita 50+ Lanjutan Divisyen 4.0
Pemenang Pingat Perak
Delima Ibrahim & Salbiah(Rose) Ibrahim
Beregu Campuran 60+ Pertengahan Divisyen 3.0
Pemenang Pingat Perak
Eric Wong Sing Hieng & Adelina Binti Ibrahim
Gangsa
Perseorangan Perempuan Bahagian U18 3.0
Pemenang Pingat Gangsa
Kirshelya Rhsme Prabakaran
Perseorangan Wanita 50+ Bahagian Pertengahan 3.0
Pemenang Pingat Gangsa
Judith Maiyor
Beregu Wanita 50+ Terbuka Divisyen 5.0
Pemenang Pingat Gangsa
Monaliza Ibrahim & Rima Melati Ibrahim
Beregu Wanita 50+ Bahagian 3.0 Pertengahan
Pemenang Pingat Gangsa
Adelina Binti Abdullah & Judith Maiyor