lavinesh

30 PEMAIN SERTAI KEM LATIHAN KEJOHANAN PIALA SULTAN JOHOR 2022

30 PEMAIN SERTAI KEM LATIHAN KEJOHANAN PIALA SULTAN JOHOR 2022

October 4, 2022 3:38 am

BUKIT JALIL, 4 Oktober 2022 – Menjelang Piala Sultan Johor (SOJC) Edisi Ke-10 yang dijadual berlangsung pada 22 hingga 29 Oktober ini di Johor Bahru, Muhamad Amin Rahim, Ketua Jurulatih Skuad Projek Khas Lelaki Kebangsaan bersama barisan kejurulatihan yang lain telah memanggil seramai 30 pemain hoki untuk menyertai Kem Pemilihan skuad yang bakal berjuang dalam kejohanan tersebut.

Barisan kejurulatihan yang turut membantu Amin Rahim terdiri daripada I. Vikneswaran, Pengurus Pasukan; Megat Azrafiq Megat Termizi, Ketua Penolong Jurulatih; dua Penolong Jurulatih iaitu Tengku Ahmad Tajuddin Abdul Jalil dan Baljit Singh Charun Singh serta Roslan Jamaluddin, Ketua Jurulatih Penjaga Gol.

Pada sesi latihan yang telah bermula semalam di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil, Megat Azrafiq menjelaskan bahawa pada sesi latihan hari pertama telah berjalan dengan baik dimana ke semua 30 pemain telah melaporkan diri.

Beliau berkata, “Pagi ini (semalam) merupakan sesi latihan pertama pemain jadi kami tidak mahu memulakan sesi dengan menekan para pemain, sebaliknya sesi latihan minggu ini kami memberikan mereka ruang untuk mendapatkan rentak. Sesi latihan pada minggu seterusnya, kami akan menumpukan sepenuhnya kepada taktikal.”

“Barisan kejurulatihan telah menetapkan satu penanda aras yang tinggi untuk pasukan ini antaranya kami ingin melihat kesungguhan pemain terutamanya di dalam padang, disiplin mereka di dalam dan di luar padang dan semangat untuk bersaing serta mentaliti untuk menang di dalam padang serta fizikal pemain itu sendiri.”

Untuk pengetahuan, skuad negara akan mengadakan perlawanan persahabatan bersama pasukan Australia pada 18 Oktober dan Great Britain pada 19 Oktober sebagai salah satu persiapan pasukan sebelum Kejohanan Piala Sultan Johor 2022 bermula.

Sementara itu, Megat Azrafiq menjelaskan bahawa selepas tamat Piala Sultan Johor ini, pihaknya akan mengadakan satu pemilihan baru bagi Kejohanan Piala Dunia Remaja 2023. 

“Kami mempunyai 40 hingga 50 pemain dan kami akan memanggil mereka ini untuk satu sesi pemilihan selama dua minggu dan 28 hingga 30 pemain terbaik akan diserapkan ke dalam Skuad Piala Dunia Remaja 2023,” jelas beliau.

Berikut merupakan senarai 30 yang dipanggil menjalani sesi latihan pemilihan Kejohanan Piala Sultan Johor 2022:

  1. Che Shahrul Bin Che Saupi
  2. Mohamad Rafaizul Bin Mohamad Saini
  3. Noriqmal Danish Bin Norhashimi
  4. Muhammad Danish Afnan Bin Mohd Faizal
  5. Syarman Bin Mat Tee
  6. Azmilmuizzudin Bin Misron
  7. Wan Muhammad Najmie Bin Ahmad Dzaib
  8. Muhammad Faris Bin Harizan
  9. Perabu Tangaraja
  10. Mohd Fauzan Shah Bin Mohd Nizam
  11. Zarreman Shamier Bin Sulaiman
  12. Muhammad Syawal Bin Abd Razak
  13. Muhammad Danish Danial Bin Abdul Wahab
  14. Muhammad Addy Jazmi Bin Jamlus
  15. Mohamad Zulhanif Bin Sahran
  16. Andywalfian Jeffrynus
  17. Muhammad Nazrim Bin Muslim
  18. Muhammad Khairul Bin Norizam
  19. Alfarico Lance Liau Jr
  20. Irfan Raziq Syakir Bin Mohd Ridzuan
  21. Muhammad Amirul Haniff Bin Mamat
  22. Muhammad Danish Aiman Bin Khairil Anuar
  23. Shafiq Ikmal Daniel Bin Suzaini
  24. Mohamad Shamir Rizmi Bin Mohd Shamsul
  25. Shahmie Irfan Bin Suhaimi
  26. Haziq Haikal Bin Daus
  27. Muhammad Hazreeq Alief Bin Rosli
  28. Mughni Bin Mohamad Kamal
  29. Mohammad Shafiq Bin Abdullah
  30. Naaveennash Panicker A/L Thevendran

#mySukanTV #BeritaSukan #MHC #MalaysianHockeyConfederation #MalaysianHockey #Hoki #PialaSultanJohor2022 #SOJC #SpeedyTigers

Sumber: Malaysian Hockey Confederation

Sumber Gambar: Malaysian Hockey Confederation