lavinesh

SOH WAI CHING PECAH REKOD LAGI DI SEATTLE

SOH WAI CHING PECAH REKOD LAGI DI SEATTLE

October 5, 2022 3:40 am

SEATTLE, 5 Oktober 2022 – Nama Malaysia sekali lagi harum di persada dunia sukan larian menara setelah jaguh negara Soh Wai Ching meraih gelaran juara pada Pertandingan Mendaki Anak Tangga Space Needle Amerika Syarikat di Seattle pada 2 Oktober lalu.

Atlet berumur 28 tahun itu cukup unggul memecahkan rekod terdahulunya iaitu 4:16s di Tristan Roth pada tahun 2019 dengan mencatatkan masa tiga minit 50 saat pada kejohanan kali ini. Venue di Seattle ini merangkumi 49 tingkat dengan 832 anak tangga pada ketinggian 158.5 meter.

Soh Wai Ching menerusi entri dalam laman Instagramnya berkata, “Perlumbaan yang sangat hebat dan saya gembira dengan keputusannya! Saya telah bermula dengan larian yang sangat pantas dan melakukan yang terbaik untuk bertahan pada kadar tersebut dan menamatkan perlumbaan itu dengan kuat.”

Untuk pengetahuan, beliau turut menjuarai Larian Menara US Bank di Los Angeles pada 30 September lepas. Esok (6 Oktober 2022), beliau akan turun untuk mempertahankan kejuaraannya dalam kategori lelaki elit pada pertandingan larian menara di Empire State Building di New York. Selepas New York, Wai Ching akan mengakhiri siri pertandingannya di Amerika Syarikat dengan menyertai pertandingan larian menara di One Tampa City Centre, Florida pada 8 Oktober ini.

#mySukanTV #BeritaSukan #MasTowerRunner #Towerrunning #SpaceNeedle #Base2Space #Tower #Towerrunner #Seattle

Sumber: mySukan TV, BERNAMA

Sumber Gambar: Soh Wai Ching