haziq

SELANGOR UNGGUL TEMPAH SLOT SUKU AKHIR MALAYSIA LITTLE LEAGUE 2022

SELANGOR UNGGUL TEMPAH SLOT SUKU AKHIR MALAYSIA LITTLE LEAGUE 2022

October 26, 2022 3:27 am

SERDANG, 26 OKTOBER 2022 – Menang dalam semua perlawanan kumpulan bagi Zon B (Tengah) ternyata merupakan kebanggaan dan pencapaian hebat buat pasukan bola sepak wanita B-16 Selangor yang mengesahkan slot ke peringkat suku akhir “Malaysia Little League” peringkat kebangsaan hujung minggu lalu.

Kejohanan yang berlangsung pada 21 hingga 23 Oktober 2022 di Universiti Putra Malaysia (UPM) itu turut menyaksikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan turut sama mengiringi Selangor ke suku akhir.

Sementara itu, pasukan Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya unggul dalam kategori B-16 (Lelaki) yang mana mereka mengesahkan kemaraan ke suku akhir tatkala slot bagi kategori B-12 (Lelaki) pula jadi milik pasukan Selangor dan Melaka.

Menurut Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad, “Malaysia Little League” merupakan inisiatif KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan hasrat mengetengahkan bakat baharu bola sepak negara.

“Liga ini dijalankan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuklah di peringkat akar umbi dengan penglibatan Pejabat Belia dan Sukan Daerah/ Kawasan/ Bahagian di seluruh Malaysia,” tambah beliau.

Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Encik Sabran Abd. Bahar turut hadir untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

KEPUTUSAN PENUH:

📍B-12 (Lelaki)

🥇: Selangor – SK (1) Petaling Jaya

🥈: Melaka – SK Sungai Udang

📍B-16 (Lelaki)

🥇: Negeri Sembilan – SMS Tuanku Jaafar

🥈: WP Putrajaya – SMK Putrajaya Presint 9 (2)

📍B-16 (Wanita)

🥇: Selangor

🥈: WP Kuala Lumpur

ANUGERAH KHAS PEMAIN:

📍Penjaga Gol Terbaik

B-12 (Lelaki): Adam Deneish bin Faizal (Selangor)

B-16 (Lelaki): Muhammad Fathi bin Zulfakar (WP Putrajaya)

B-16 (Wanita):Daliea Eliesa Mohd Hafiz (Selangor)

📍Pemain Terbaik

B-12 (Lelaki): Ahmad Akram bin Noor Hannas (Selangor)

B-16 (Lelaki): Muhammad Arash Amirul bin Satari (Negeri Sembilan)

B-16 (Wanita): Kanchenjeet Kaur Nanja (Selangor)

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #MalaysiaLittleLeague #TeamKBS

Sumber: Jabatan Belia dan Sukan Negara

Sumber Gambar: Jabatan Belia dan Sukan Negara