haziq

ENAM NEGARA BAKAL SERTAI SEADG 2022

ENAM NEGARA BAKAL SERTAI SEADG 2022

October 27, 2022 5:15 am

KUALA LUMPUR, 27 OKTOBER 2022 – Enam negara termasuk Malaysia sebagai tuan rumah sah akan mengambil bahagian dalam edisi pertama temasya Sukan Orang Pekak ASEAN (SEADG) 2022 yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur bermula 21 hingga 27 November ini.

Menurut Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MsDeaf), Ong Shin Ruenn, selain Malaysia, negara yang terlibat ialah Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina dan Brunei.

“Empat jenis sukan yang akan dipertandingkan di temasya anjuran MsDeaf dengan kerjasama ADSF ini adalah futsal, badminton, tenpin boling dan olahraga.

“Di sini, kami juga berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang telah memberi persetujuan sukan orang pekak ASEAN diadakan di Malaysia.

“Pada masa sama MsDeaf mengalu-alu penglibatan syarikat dan sektor korporat untuk penajaan bagi memeriahkan serta melicinkan penganjuran edisi sulung ini,” jelas beliau sewaktu sidang akhbar SEADG 2022 di Pusat Belia Antarabangsa (IYC) semalam.

Dalam majlis sama Asean Deaf Sports Federation (ADSF) turut menyampaikan sumbangan dana sebanyak RM50,000 kepada MsDeaf.

“Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih daripada ADSF kepada Malaysia kerana telah berusaha penganjuran sukan ini yang julung-julung kalinya diadakan di rantau ASEAN,” katanya.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #Msdeaf #SEADG2022

Sumber: MsDeaf

Sumber Gambar: MsDeaf