haziq

SKUAD LARIAN MENARA MALAYSIA TAWAN BANDAR HO CHI MINH

SKUAD LARIAN MENARA MALAYSIA TAWAN BANDAR HO CHI MINH

October 31, 2022 4:06 am

KUALA LUMPUR, 31 OKTOBER 2022 – Skuad larian menara negara cemerlang di bumi Vietnam semalam apabila menjuarai Ho Chi Minh City Sky Run 2022 dalam kategori berpasukan dengan catatan enam minit lima puluh enam saat.

Berlangsung di Bitexco Financial Tower setinggi 49 tingkat, skuad negara dibarisi empat pelari iaitu Soh Wai Ching, Justin Low Keng Yik, Ervin Nuing Anak Smail dan Chan Yee Chin.

Catatan masa bagi kategori berpasukan diambil berdasarkan catatan masa pelari ketiga iaitu Ervin Nuing Anak Smail yang mana pasukan negara mensasarkan larian dibawah masa 7 minit sekali gus yang terpantas sejak penganjuran kejohanan itu dari tahun 2011.

Malaysia turut cemerlang dalam acara individu menerusi pelari menara nombor 1 dunia, Soh Wai Ching yang menjuarai kategori Terbuka Lelaki dengan catatan masa 4:54s manakala dua lagi pelari negara, Low Keng Yik dan Ervin Nuing masing-masing menamatkan larian ditempat ke-8 dan 27 dengan catatan masa 6:34s dan 8:17s.

Sementara itu, Chan Yee Chin atau lebih dikenali sebagai Jennifer mempamerkan larian bertenaga dalam kategori Terbuka Wanita dengan catatan masa 9:06s untuk meraih pingat emas dan tempat ketiga keseluruhan.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #MalaysiaTowerRunning #HCMCSkyRun2022

Sumber: mySukan TV / Malaysia Tower Running Association

Sumber Gambar: Malaysia Tower Running Association