KUALA LUMPUR, 2 NOVEMBER 2022 – Liga Tunas Malaysia atau “Malaysia Little League” bagi Zon C (Timur) telah berlangsung dari 28 hingga 29 Oktober 2022 menyaksikan pasukan bola sepak lelaki B-16 Kelantan dan Johor menempah slot ke suku akhir peringkat kebangsaan selepas muncul juara dan naib juara.
Universiti Putra Malaysia (UPM) masih menjadi venue bagi penganjuran kali ini yang mana 11 pasukan bertanding dalam 3 kategori.
Pasukan Kelantan dan Pahang mara ke suku akhir bagi kategori B-12 (lelaki) manakala bagi kategori wanita pula diungguli oleh Pahang dan Johor.
Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad dalam kenyataannya berkata, Liga Tunas Malaysia atau “Malaysia Little League” merupakan liga berstruktur yang diadakan bermula di peringkat daerah sehingga ke kebangsaan.
“Dengan sokongan padu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), suku akhir peringkat kebangsaan akan diadakan awal Disember nanti,” tambah beliau.
Turut hadir menyempurnakan majlis penyampaian hadiah adalah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan), Encik Abd Aziz Abd Rahman.
KEPUTUSAN PENUH:
📍B-12 (Lelaki)
🥇: Kelantan – SK Sabak
🥈: Pahang – SK Titom
📍B-16 (Lelaki)
🥇: Kelantan – SMK Sultan Ibrahim (2)
🥈: Johor – SMK Tun Habab
📍B-16 (Wanita)
🥇: Pahang
🥈: Johor
ANUGERAH KHAS PEMAIN:
📍Penjaga Gol Terbaik
B-12 (Lelaki): Kamali A/L Ismail (Pahang)
B-16 (Lelaki): Muhammad Aidiq Adli Mohd Rosdi (Kelantan)
B-16 (Wanita): Maria Ummi Aleya Abdul Manan (Kelantan)
📍Pemain Terbaik
B-12 (Lelaki): Muhammad Faqeh Aysar Fauzi (Kelantan)
B-16 (Lelaki): Muhammad Adib Amsyar Ismail (Kelantan)
B-16 (Wanita): Noraiba A/P Hamid (Pahang)
📍Penjaring Terbanyak
B-12 (Lelaki): Muhammad Ammar Darwisy Mohd Zakri (Kelantan) – 4 Gol ⚽⚽⚽⚽
B-16 (Lelaki): Hadiq Aziz Ahyok Abdul Qayyum (Johor) – 3 Gol ⚽⚽⚽
B-16 (Wanita): Zahiranisa A/P Sarudin (Pahang) – 2 Gol ⚽⚽ & Nur Halimatun Saadiah Khalidi (Johor) – 2 Gol ⚽⚽