KOTA KINABALU, 8 NOVEMBER 2022 – Saingan Zon D (Borneo) “Malaysia Little League” 2022 berlangsung dengan amat meriah hujung minggu lalu menyaksikan slot ke ke suku akhir jadi milik pasukan bola sepak Sabah dan Sarawak bagi kategori masing-masing.
Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan venue bagi pusingan kali ini yang mana wakil daripada Zon D (Borneo) bagi saingan B-16 (Lelaki) diungguli oleh SMK Bakun dari negeri Sarawak bersama SMK Kemabong dari Sabah sementara Sabah turut menempah tiket ke suku akhir dalam kategori B-16 (Wanita) bersama WP Labuan.
Bagi saingan B-12 (Lelaki) pula, SK Perpat, Sarawak menang dalam semua perlawanan sekali gus mara bersama SK Tamu Darat, Sabah yang berada di tempat kedua.
Ketua Pengarah JBSN, Tuan Mohd Azhari Mohammad dalam kenyataanya berkata, “Malaysia Little League” merupakan inisiatif KBS menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan hasrat mengetengahkan bakat baharu bola sepak negara terutamanya di peringkat akar umbi.
“Liga ini semakin menghampiri kemuncak apabila lengkap semua pasukan yang telah layak di mana peringkat suku akhir akan berlangsung Disember nanti,” tambah beliau.
Turut hadir menyempurnakan majlis penyampaian hadiah adalah Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan JBSN, Encik Sabran Abd. Bahar.
KEPUTUSAN PENUH:
📍B-12 (Lelaki)
🥇: Sarawak – SK Perpat
🥈: Sabah – SK Tamu Darat
📍B-16 (Lelaki)
🥇: Sarawak – SMK Bakun
🥈: Sabah – SMK Kemabong
📍B-16 (Wanita)
🥇: Sabah
🥈: WP Labuan
ANUGERAH PEMAIN:
📍Penjaga Gol Terbaik
B-12 (Lelaki): Mohammad Irfan Shah bin Mohd Irwan Shah (WP Labuan)
B-16 (Lelaki): Herreywin Hupim (Sabah)
B-16 (Wanita): Sellyvelnie Sawang (Sabah)
📍Pemain Terbaik
B-12 (Lelaki): Brooeedlyee Jeffry (Sabah)
B-16 (Lelaki): Emerson Ambatik Ayub (Sabah)
B-16 (Wanita): Adlin Bandi (Sabah)
📍Penjaring Terbanyak
B-12 (Lelaki): – Mohammad Fariqh Dzulhaslami Abdullah (Sarawak) – 4 Gol
B-16 (Lelaki): – Maxwell Dian (Sarawak) – 3 Gol
B-16 (Wanita): – Asnia Ambunia, Delce Fency Denail & Fleyviannieze Ishak – 7 Gol