haziq

AYUH TUMBANGKAN KOREA SELATAN – ARUL SELVARAJ

AYUH TUMBANGKAN KOREA SELATAN – ARUL SELVARAJ

November 10, 2022 7:08 am

IPOH, 10 NOVEMBER 2022 – Impian untuk melihat skuad hoki lelaki negara menjulang Piala Sultan Azlan Shah 2022 semakin menjadi kenyataan namun pengendali Malaysian Tigers, Arul Selvaraj menekankan tiga elemen utama dalam ramuan menundukkan Korea Selatan malam ini di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh.

Para pemain perlu beraksi dengan berani, berjiwa kental dan memiliki keyakinan diri yang tinggi jika mahu menumbangkan penyandang juara dan ‘Raja Asia’ itu sekali gus raih gelaran sulung Piala Sultan Azlan Shah yang mana pencapaian terbaik Malaysia ialah muncul naib juara sebanyak lima kali iaitu pada 1985, 2007, 2009, 2013 dan 2014.

“Kita tak gentar dan tidak pernah takut untuk menentang Korea Selatan. Malaysian Tigers mahu jadi pemenang dan muncul sebagai juara,” jelas Arul semalam.

Malaysia mencipta sensasi mara ke ke pentas final selepas menduduki tangga kedua dibelakang Korea Selatan di peringkat kumpulan hasil kemenangan 4-2 ke atas Jepun dalam aksi terakhir round robin pada isnin.

“Kita tidak mahu pemain setakat bagus kemahiran, tetapi lambat bergerak. Dalam pasukan ini mereka diajar kepantasan berfikir dan bertindak.

“Misalnya, jika pemain kehilangan bola, mereka tahu bagaimana nak respons. Mereka harus pantas bertindak untuk kawal semula permainan,” tambah bekas pengendali pasukan hoki Universiti Kuala Lumpur itu.

Dalam masa sama, Arul menyeru para peminat hoki dan penyokong tempatan turun beramai-ramai membanjiri stadium untuk memberi sokongan padu kepada Malaysian Tigers.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #MalaysianHockeyConfederation #SultanofAzlanShahCup2022 #MalaysianTigers

Sumber: Sinar Harian / Malaysia Hockey Confederation

Sumber Gambar: Malaysia Hockey Confederation