40 PELUMBA CILIK BAKAL BERENTAP DI PUSINGAN KEDUA KEJUARAAN POCKETGP
40 PELUMBA CILIK BAKAL BERENTAP DI PUSINGAN KEDUA KEJUARAAN POCKETGP
November 14, 2022 1:25 am
KUALA LUMPUR, 11 NOVEMBER 2022 – Kejuaraan PocketGP kini bakal memasuki pusingan kedua yang akan berlangsung di litar lumba Aylezo Speedzone Shah Alam, 26 November ini
Kejuaraan ini merupakan satu siri perlumbaan pocket bike yang mengiktiraf bakat baharu sukan permotoran muda tempatan, dan mempersiapkan mereka agar menjadi pelumba bertaraf dunia dalam industri sukan permotoran tanah air.
Bahkan PocketGP turut mempunyai misi untuk melahirkan lebih ramai pelumba berbakat termasuk Qabil Irfan yang lahir menerusi pentas ini telah memenangi FIM MiniGP Malaysia sekaligus melayakkan beliau untuk mewakili Malaysia dalam kejohanan FIM Mini World Finals di Valencia, Sepanyol baru-baru ini.
Seramai 40 pelumba cilik berumur 6-17 tahun (dan beberapa riders dewasa) bakal berentap bersama dalam 5 kategori di litar lumba Aylezo Speedzone yang panjangnya hampir 700m dan mempunyai sebanyak 10 selekoh mencabar.
Karnival mesra keluarga ini turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti trampoline, photo booth, mewarna dan banyak lagi dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Pelumba yang berminat untuk menyertai Kejuaraan PocketGP 2022 – Pusingan Kedua boleh mendaftar di https://checkpointspot.asia/event/pocketgp-0222 yang mana tarikh tutup pendaftaran adalah 25 November 2022 jam 12 pagi.
Layari pocketgp.my atau ke @abornbattlemachine di laman Facebook untuk maklumat terkini.