Faris Zolkefli

SKUAD BOLA KERANJANG NEGARA LEPASI PUSINGAN PERTAMA KELAYAKAN FIBA ASIA CUP 2025

SKUAD BOLA KERANJANG NEGARA LEPASI PUSINGAN PERTAMA KELAYAKAN FIBA ASIA CUP 2025

November 17, 2022 7:54 am

MONGOLIA, 17 NOVEMBER 2022 – Skuad bola keranjang negara, mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan terakhir peringkat kelayakan pusingan pertama bagi kejohanan FIBA Asia Cup 2025 yang berlangsung di Ulaanbaatar, Mongolia dari 10 hingga 14 November lalu.

Dalam perlawanan di gelanggang UG Arena, skuad negara berjaya menafikan impian Vietnam dengan 73 mata berbalas 56, sekaligus melayakkan skuad negara mara ke pusingan seterusnya.

Kapten skuad negara, Mr. Consistent menamatkan perlawanan dengan menyumbang 24 pts dan 8 rebound. Seterusnya, Ting Chun Hong menambah 15 pts, 8 rebound dan 5 assist. Manakala Kuek Tian Yuan menyumbang 10 pts dan 6 rebound.

Terdahulu, skuad negara tewas di tangan Thailand (103-78) dalam aksi pertama sebelum sekali lagi tunduk kepada Mongolia (94-92). Namun, mereka bangkit semula menumpaskan Tahiti dengan 70 mata berbalas 62 mata dalam saingan bagi kumpulan D.

12 pasukan sudah berjaya menempah tiket ke pusingan kedua kelayakan dengan Qatar, Palestine, Oman, Kuwait, UAE dan Iraq, masing-masing diletakkan dalam kumpulan E, manakala skuad negara diletakkan dalam kumpulan F bersama Thailand, Mongolia, Guam, Hong Kong dan Singapura. 

Hanya 4 pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan mara ke peringkat seterusnya untuk merebut tiket beraksi di FIBA Asia Cup 2025.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #BolaKeranjang #FIBA #AsiaCup2025

Sumber Gambar: Majlis Sukan Negara