Faris Zolkefli

KUARTET WANITA NEGARA TUAI GANGSA DI KEJOHANAN PIALA DUNIA BOLING 2022

KUARTET WANITA NEGARA TUAI GANGSA DI KEJOHANAN PIALA DUNIA BOLING 2022

November 23, 2022 7:43 am

KUALA LUMPUR, 23 NOVEMBER 2022 – Hari gembira buat skuad boling negara apabila berjaya meraih pingat gangsa di Kejohanan Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) 2022 yang bertempat di Queensland, Australia dalam acara berpasukan wanita, semalam.

Kuartet Malaysia yang diketuai oleh pemain senior Esther Chiah, bersama-sama Sin Li Jane, Natasha Roslan dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman berjaya mengharungi lima perlawanan dan menafikan kemenangan Jordan Richard, Bryanna Cote, Danielle McEwan dan Stefanie Johnson dari Amerika Syarikat, dengan keputusan 3-2.

Walaupun berdepan saingan sengit daripada pihak lawan, kuartet negara berhasil mempamerkan aksi cemerlang apabila memenangi perlawanan pertama dengan 226 berbalas 204 jatuhan pin dan seterusnya kemenangan kedua dengan 219-182. Selepas diasak pada perlawanan seterusnya, kuartet negara bangkit dan meneruskan perjuangan untuk memenangi perlawanan terakhir mengatasi pihak lawan dengan 235 jatuhan pin berbalas 228.

Terdahulu, kuartet gangsa negara ini gagal menempah tiket ke perlawanan akhir apabila ditewaskan oleh Sweden 1-3 (190-237, 214-190, 207-240, 204-228) dalam saingan separuh akhir.

Kelmarin, pemain lelaki negara, Timmy Tan terlepas pingat gangsa selepas tewas kepada Kris Prather dari Amerika Syarikat, 279-288, 206-215 dalam acara perseorangan lelaki.

#MySukanTV #BeritaSukan #BeritaTempatan #Bowling #BowlingMalaysia #DemiMalaysia #KontinjenMalaysia

Sumber Gambar: Bowling Malaysia